Monday, January 2, 2012

Riadah Aulad

Bismillahirahmanirahim, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualikum adik-adik sekalian.

Pada kali ini aktiviti kita berlangsung di mini stadium keladi, kulim kedah. Pada oktober 2011 yang lepas. Aktiviti kita adalah berbentuk riadah. Berbagai aktiviti kita lakukan ataranya adalah bersenam, bermain belon serta jogging.

Riadah kita pada kali ini lebih kepada ‘Qowiyyul Jismi’ (tubuh badan yang kuat). Islam sangat menggalakkan umatnya mempunyai tubuh badan yang sihat, kerana apabila kita sihat secara langsung semua perkara kita dapat lakukan dengan baik. Betul tak adik-adik ikram junior??. Contohnya apabila adik-adik kurang sihat seperti demam atau selesema, mesti adik-adik hendak lakukan sesuatu agak susah berbanding dengan tubuh badan kita apabila sihat kan. Kita hendak makan pun susah kan adik-adik kerana terganggu dengan pernafasan dan lemah tubuh badan. Justeru itu Allah sangat suka kita menjaga kesihatan, dengan kita menjaga kesihatan, mudah untuk kita melakukan segala amal ibadat kepad Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ‘Allah lebih menyayangi orang mukmin yang kuat daripada orang mukmin yang lemah’. (riwayat muslim).
Oleh yang demikian, adik-adik ikram junior ini mesti melakukan senaman paling kurang 2 jam seminggu, bolehkan adik-adik. Sambil-sambil kita bersenam  kita mesti  banyak mengigati Allah kerana Allah telah menciptakan kita dengan sempurna. Tubuh badan yang baik ini datang dari Allah s.w.t. Jadi kita mesti sebut Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.

berbaris lurus mengikut tahap masing-masing

tazkirah yang disampaikan oleh kak welma


worm up adik-adik


Nampak Seronok adik-adik bermain dipadang mini stadium. insyAllah tubuh badan yang sihat melahirkan otak yang cerdik. Kita selalu dengarkan “ badan kuat otak cerdas”. Semoga adik-adik ikram junior  sentiasa mendapat kesihatan yang baik dari Allah, serta mensyukuri nikmat Allah yang ada pada tubuh badan kita.

bermain belon

adik anis dan adik sarah



apa yang dibualkan ustazah dengan adik anas tu.

adik rosidi buat apa tu.


adik anas yang comel


adik yati yang sangat ceria.


seronoknya bermain.

Sekadar itu dulu, berjumpa di lain waktu. Ma’al salamah wa’alal liqa’.

1 comment: