Tuesday, February 21, 2012

Mari kita berselawat..



Adik-adik ikram junior.. Jom kita berselawat bersama-sama..




ONE IN A MILLION



                               Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...




Assalamualaikum semua.....

Bertemu kembali,  pada kali ini kita akan membicarakan aktiviti yang telah berlangsung pada 11 februari 2012 yang lepas.  Tajuk aktiviti outdoor kali ini adalah ONE IN A MILLION. Aktiviti bertempat di taman kulim hi-tech park. Agenda pada kali ini adalah penekanan dari aspek mutsaqqaful fikr (luas pengetahuan) iaitu mengenali dan mengetahui Rasullullah s.a.w sebagai contoh teladan unggul pada diri kita semua.

Adik-adik semua tahukan pada bulan ini kita telah menyambut hari yang sangat bermakna pada seluruh umat islam iaitu sambutan  Maulidur Rasul dengan kata lain adalah hari keputeraan nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.Nabi Muhammad s.a.w telah lahir pada 12 rabiul awal pada tahun gajah bersamaan dengan 570 Masihi. Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah s.wt yang terakhir. Jadikan adik-adik ikram junior sekalian, tanda cinta dan kasih pada diri Rasullullah s.a.w kita hendaklah selalu berselawat. Sebab Nabi s.a.w bersabda :
 “Sesiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.”
Hadis riwayat Baihaqi


Maka disebabkan itu, kita mesti memperbanyakkan selawat ya..

Oklah..Pada kali ini penglibatan adik-adik ikram junior agak kurang memberangsangkan dari sebelumnya, mungkin kerana sesetengah adik-adik ikram junior terpaksa melibatkan diri dengan aktiviti di sekolah dan ada juga terlibat dalam aktiviti keluarga yang telah dirancang.Walau bagaimanapun aktiviti kita tetap berjalan mengikut rancangan yang telah ditetapkan dan dalam naugan dan izin Allah s.w.t. Alhamdulillah... Syukran Jazilan pada adik-adik ikram junior yang sentiasa  bersemangat dalam menyertai aktiviti bulanan kita. 

Baiklah, pada hari tersebut fasilatator kakak welma dan kakak sarah telah datang awal bagi persiapan dan kelengkapan untuk penyediaan aktiviti kita sepanjang hari tersebut. Aktviti pada hari tersebut lebih kepada permainan berbentuk ilmiah iaitu tidak lari dari konsep kecintaan kita pada diri Rasulullah s.a.w. Manakala fasilatator yang lain iaitu kakak ramziah, kakak yunalis dan kakak fifi serta makcik bibi ditugaskan untuk mengambil adik-adik ikram junior yang telah berkumpul di surau kulim square.Tidak juga lupa pada ajk logistik yang sangat banyak membantu dari segala aspek seperti pemakanan dan penyedian lain iaitu Makcik Hamidah dan kakak hana.

Aktiviti ini berlangsung pada pukul 8.30 pagi. Bagi adik-adik ikram junior yang duduk disekitar taman kulim square mereka akan berkumpul di surau kulim square dan terus mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sunat dhuha di taman hi-tech nanti, manakala adik-adik yang duduk disekitar taman hi-tech akan terus berkumpul di taman kulim hi-tech park. Setelah semua peserta tiba, tibalah masa adik-adik ikram junior menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah. Pada kali ini, imam muda kita adalah adik Irfan Zainuddin. 

menyediakan tempat solat untuk solat sunat dhuha.
imam muda adik irfan mengetuai solat sunat dhuha
membaca doa dhuha.. Amin...


Sebelum adik-adik ikram junior bersolat, mereka telah berkumpul dan berbaris mengikut tahap mereka serta   mengikut kumpulan halaqah masing-masing.  Mereka diberi taklimat tentang program sepanjang hari tersebut oleh kakak welma. Setelah selesai sesi taklimat mereka terus mengikut kakak fasi mereka masing-masing.

ikhwah fillah abadan abada.
berbaris lurus adik-adik


membaca doa permulaan.


semasa adik-adik dari kulim hitech tiba awal



menunggu kawan-kawan ikram junior yang lain.


sambil-sambil menunggu, apalagi kita bermain lah..

adik-adik dari kulim square tiba

kakak ramziah bersama adik-adik ikram junior

perbincangan kakak-kakak fasi



makcik midah dan kakak fifi.





ala-ala adik iman.. kesian dia, selalu ditemani mak, kali ini ditemani oleh abang-abang ikram junior.


sesi tazkirah pendik oleh kakak welma.

khusyuknya adik-adik perempuan kita mendengar. Alhamdulillah



semoga mendapat input yang disampaikan ye adik-adik.

seusai solat sunat dhuha.


kita berehat sebentar


sesi bermain... yeee..

makcik bibi  menyampaikan cerita 

kakak fifi bersemangat bercerita mengenai Rasulullah.


Setelah adik-adik ikram junior duduk dalam halaqah mereka. Bagi adik-adik tahap dua, mereka di beri penerangan sedikit tentang permainan yang hendak dimainkan nanti oleh fasi masing-masing. Sesi permainan ini seperti ala-ala kuiz mengenai Rasullullah s.a.w dan para sahabat. Jadi setiap soalan yang diberikan, adik-adik ikram junior mestilah menjawab dengan baik, sekiranya betul mereka akan memilih bola dadu yang menunjukkan angka '1' dan '0' sahaja. Sekiranya adik-adik dapat jawap soalan dengan betul dan memilih bola dadu yang berangka '1' maka adik tersebut akan mara setapak, jikalau angka '0' makanya adik tersebut akan statik dan tidak berubah tempat. Begitulah seterusnya, sehingga masa tamat ditetapkan. Markah diberi berbentuk bintang yang mana adik-adik yang dapat menjawab dengan baik dan sikap penuh beretika ketika bermain.

Bagi adik-adik tahap satu, penekanan pada aspek asas sirah Rasulullah s.a.w dan keluarga baginda s.a.w. Kakak fasi yang menggangotai cerita ini adalah kakak yunalis dan kakak fifi.

Setelah selesai bercerita dan bermain kuiz mengenai sirah Rasullullah s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w. Kita berehat sebentar. Pada kali ini adik-adik diberi roti sandwish, lain sedikit dari kebiasaan. selalunya kita akan dapati rehat kita dengan nasi lemak. Kali ini kita bertukar menu.. Alhamdulillah...

sedapkan adik munzir.


wah adik iman kita makan, berseleralah walau tanpa kehadiran ibunya.. Alhamdulillah..


halaqah kakak ramziah

makcik bibi dan kakak welma bermain bersama adik yati dan adik  iman

jauhnya halaqah group kak sarah

apalh yang dicelotehkan oleh kak sarah tu!!

cute nya adik-adik group kakak fifi ni..

sentiasa bersemangat adik anas

kakak yunalis dan kakak fifi bercerita mengenai Rasullullah

halaqah adik-adik kakak ramziah


permainan bagi adik-adik perempuan tahap 2

makcik midah macam serius jer, senyum sikit makcik!!!

makcik midah turut serta dalam permainan tersebut.



Setelah adik-adik kita berehat dan makan. Mereka akan kembali semula kepada halaqah mereka masing-masing. Pada sesi terakhir ini bagi tahap dua mereka akan diceritan satu cerita mengenai kisah realiti hidup sebuah sahabat yang bernama 'amir dan ali'. Setelah kakak fasi bercerita, adik-adik ikram junior diberi satu soalan berkait dengan cerita tersebut. Mereka diberi tugasan untuk bercakap dan melontarkan idea. Alhamdulillah, respon yang diberikan agak baik tetapi masih perlu digilap agar kita dapat melahirkan para-para daie yang berwibawa.

Setelah tamat sesi terakhir, Mereka berkumpul dan berbaris mengikut tahap masing-masing. Setelah itu majlis bersurai dengan sedikit pesanan mengenai buku ikram junior yang perlu diisi di bahagian 'my solat trackking'. Semoga adik-adik melatih diri agar mengikut pesanan Rasulullah s.a.w, sebagai tanda cinta kita pada Baginda s.a.w..

Dalam meneladani Rasulullah s.a.w, kita perlu perbaiki diri dari segi aspek percakapan, perbuatan, zahir dan batin kita perlu mengikut sunnah-sunnah Baginda s.a.w. Kita perlu mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya
Semoga kita menjadi umat yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w, dan Rasulullah s.a.w juga mencintai kita.. Amin.

sesi perpisahan, line up please !!!




wah seronok nampak adik munzir kita

excited ya dengan tabung ikram junior kita..

sesi perpisahan untuk perjumpaan kedua pada tahun 2012 ini.

bergambar sebelum balik..


Sekian, bertemu lagi InsyaAllah pada bulan mac nanti..

Maal salamah waala liqa'...