Sunday, January 19, 2014

mari selawat


Menghayati Kelahiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t

Pada cuti umum yang lalu, sempena Maulidur Rasul pada 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1435H. Pada Hari Maulidur Rasul tersebut adalah merupakan hari kebesaran bagi seluruh umat islam untuk mengingati hari keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad Saw.



Dewasa ini, kita melihat begitu ramai sekali yang memperjuangkan Islam, ramai di luar sana mempunyai hati nurani yang haibat dan teguh mempertahankan Islam yang dicintai. Alhamdulillah,segala puji bagi Allah. Tetapi, kita juga sering digembar gemburkan tentang pergelutan dan pencakaran di akhir-akhir ini sama ada di peringkat dunia mahupun di peringkat negeri seperti di Malaysia yang kita sayangi ini.

Andaikata Rasulullah sedang melihat kita ketika ini, apakah bentuk amal dan kasih serta cinta kita untuk dipertotonkan kepada Baginda,!!(begitu sukar untuk menjawabnya bukan). Mencintai Nabi Muhammad saw merupakan suatu ibadah dan amat besar pahalanya.

Anas bin Malik radiahuanhu mengisahkan "
“Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang hari kiamat, “Bilakah kiamat datang?” Nabi pun shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Orang itu menjawab, “Wahai Rasulullah, aku belum mempersiapkan shalat dan puasa yang banyak, hanya saja aku mencintai Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.” Maka Rasulullah pun shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seseorang (di hari kiamat) akan bersama orang yang dicintainya, dan engkau akan bersama yang engkau cintai.” Anas pun berkata, “Kami tidak lebih bahagia daripada mendengarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.’” Anas kembali berkata, “Aku mencintai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Abu Bakar dan Umar, maka aku berharap akan bisa bersama mereka (di hari kiamat), dengan cintaku ini kepada mereka, meskipun aku sendiri belum (bisa) beramal sebanyak amalan mereka.” (HR. Al-Bukhari)
Antara bukti kecintaan mereka yang hakiki kepada Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, antara lain:
1. Meyakini bahwa Beliau, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam benar-benar utusan Allah subhanahu wa ta’ala,  Juga beriman bahawasanya beliau, Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah Nabi yang paling akhir, penutup para nabi. 
2. Mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNYA. 
3. Membenarkan wahyu yang beliau sampaikan, baik itu berupa berita-berita yang telah terjadi mahupun yang belum terjadi, karena berita-berita itu adalah wahyu yang datang dari Allah subhanahu wa ta’ala.
4. Beribadah kepada Allah dengan tata-cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tanpa ditambah-tambah ataupun dikurangi. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.” (QS. Al-Ahzab: 21)
5. Meyakini bahawa syariat yang berasal dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam setingkat dengan syari’at yang datang dari Allah subhanahu wa ta’ala dari segi keharusan untuk mengamalkannya, karena apa yang disebutkan di dalam As Sunnah, serupa dengan apa yang disebutkan di dalam Al Quran 
“Barang siapa yang menaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah menaati Allah.” (QS. An-Nisa: 80)
6. Membela Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala Beliau masih hidup, dan membela ajarannya setelah beliau wafat. Dengan cara menghafal, memahami dan mengamalkan hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Juga menghidupkan sunnahnya dan menyebarkannya di dalam masyarakat.
Akhir sekali, peringatan untuk penulis dan pembaca yang dirahmati Allah, Hakikat kecintaan kita pada Baginda Nabi  Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dapat dilihat dari perilaku serta akhlak kita. Mari perbaiki hablum minallah (hubungan dengan ALLAH) dan hablum minan-nas (hubungan dengan manusia). 

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Al Hujurat :12)



Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya".(HR Tirmizi)

Wallahu rasul'a'lam....



p/s;  SELAWAT bukan bermusim ya, teruskan selawat kpd Baginda Nabi Saw tanda kecintaan kita... Tajuk tersebut adalah menghayati kelahiran Baginda Nabi,bukan hanya sekadar menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw. Mari memperhalusinya dalam skop dakwah dan tarbiyah.Jom Selawat..