Tuesday, March 29, 2011

Bijak Solat 1

Assalammualaikum!

Bertemu lagi kita di pertemuan ke-3 pada 19 Mac. Tema kita pada kali ini ialah Bijak Solat 1 !

Dengan mengambil kira, peserta sudah boleh dikawal dan lebih mendengar arahan, maka ahli jawatankuasa IKRAM KIDZ mengambil peluang ini untuk mengelaskan peserta ke dalam kumpulan untuk pengisian yang lebih serius. Oleh kerana jumlah peserta yang tidak berapa ramai pada kali ini, maka peserta lelaki dan perempuan dibentuk ke dalam satu kumpulan yang sama mengikut Tahap 1 dan Tahap 2.

Fokus pada perjumpaan pada kali ke-3 ialah Solat. Namun begitu, kaedah penyampaian untuk aktiviti ini tidak dijuruskan kepada yang berbentuk tazkirah semata-mata. Aktiviti program masih mengekalkan konsep belajar sambil bermain.

Oleh kerana itu, model SNAKE & LADDER diguna pakai sebagai wadah untuk program BIJAK SOLAT 1.

Sebelum bermain, kita makan dulu!

dan

sesi taklimat diadakan untuk menerangkan cara-cara bermain

Snake & Ladder Solat.

Selain daripada itu, kami juga menonton CD Bijak Solat terbitan

Telaga Biru. Best!




Ya. Kami belum lagi bermula bermain Snake & Ladder.

Kami perlu bersenam dahulu.

Kami melakukan aksi ala-ala taichi sambil diiringi lagu Demi Matahari

dan lagu Chicken Dance!











Perkara berkenaan Rukun Iman, Rukun Islam, Tatacara Wudhuk dan Solat merupakan soalan-soalan yang terkandung pada setiap kotak model SNAKE & LADDER.



Peserta perlu membaling dadu terlebih dahulu untuk mengetahui berapa bilangan kotak yang perlu dilaluinya. Selepas itu, peserta perlu menjawab soalan pada kotak terakhir dia berhenti. Jikalau dia berjaya menjawabnya, maka fasi akan memberi 10 markah pada kad bintangnya. Lebih beruntung jikalau kotak tempat dia berhenti itu mengandungi simbol tangga.

Maka peserta boleh menaiki tangga itu dan lebih cepat untuk sampai ke garisan penamat. Tetapi jikalau jawapan itu salah, maka dia perlu membaling dadu untuk berundur ke belakang ataupun jikalau kotak itu mengandungi simbol ular, maka dia perlu turun ke bawah.


Fasi diingatkan agar tidak boleh memberi jawapan kepada soalan-soalan di dalam kotak SNAKE & LADDER.

Ini adalah bertujuan agar peserta merasakan mereka perlu berfikir dahulu dan perlu membuat ulangkaji di rumah sebelum datang program.

Namun begitu,fasi yang menjaga Tahap 1 digalakkan memberi jawapan kerana tujuan permainan ini sebenarnya lebih kepada mendidik peserta tentang solat.


Fasi juga tidak diwajibkan untuk menyegerakan permainan agar cepat sampai ke kotak penamat.

Misi permainan SNAKE & LADDER bukan sampai ke kotak penamat atau mengumpul sebanyak mungkin bintang tetapi misi sebenarnya ialah memberi pendidikan tentang solat.

Fasi boleh memberhentikan permainan sebentar dan menyelitkan tazkirah pendek. Pada masa ini juga, fasi boleh mengenal tahap pemahaman Islam peserta.

Masa 1 jam 15 minit yang diberi untuk permainan ini tidak mencukupi. Masih tidak ada peserta yang berjaya sampai ke kotak TAMAT.

Permainan diberhentikan pada pukul 11 pagi untuk memberi laluan rehat, sesi meminjam buku, fasi mengira jumlah bintang dan bersiap-siap untuk menamatkan program.

Tepat pukul 11.20 pagi, peserta dipanggil dan berdiri dalam barisan. Sebelum balik, peserta diingatkan perjumpaan akan datang ialah pada 2 April 2011 untuk meneruskan aktivti SNAKE & LADDER dan selepas itu disusuli dengan aktivti bersalam-salaman.

Jumpa lagi!

Wassalam