Wednesday, January 18, 2012

[Gambar] Perjumpaan Pertama 2012

Pada tahun 2012, IKRAM Junior (Kulim) mengambil inisiatif untuk memasukkan slot menghafaz hadis di dalam setiap program indoor nya. Ini hadis pertama yang kami hafaz : Kullu Ma'rufin Sadaqah - Setiap kebaikan adalah sedekah - HR Bukhari.






Setiap pelajar dibahagikan kepada kumpulan mengikut umur. Kakak Yun (Fasi Tahap 1), Kakak Fifi (Fasi Tahap 1), Kakak Sarah (Fasi Tahap 2 Lelaki), Kakak Ramziah (Fasi Tahap 2 Lelaki) dan Kakak Welma (Fasi Tahap 2 Perempuan). Tidak lupa Makcik Latifah, Makcik Hamidah dan Kakak Najihah, AJK bahagian logistik. Terima kasih!



Sesi Taklimat selepas Pendaftaran. Jom kita lihat apa barang-barang yang diberi kepada adik-adik kita. Setiap peserta mendapat sebuah beg (recycle bag), badge dan buku laporan IKRAM Junior (Kulim). Ooops! Tabung tidak siap lagi. Sabar ya!



Sweet nya adik-adik kita ini. Walaupun baru berusia 5 dan 7 tahun, nampaknya mereka boleh berdikari semasa dalam program. Mujur tidak menangis :)

Di dalam buku laporan IKRAM Junior, ada satu ruangan My Solat Tracking untuk setiap bulan. Adik-adik diingatkan untuk mengisi ruangan itu. Bagaimana? Ha! Jikalau adik-adik menunaikan solat, adik-adik boleh tick pada ruangan berkenaan. Pada perjumpaan akan datang, tunjuk kepada kakak fasi dan kakak fasi akan memberi sticker cantik untuk setiap ruangan yang ada ditandakan tick. Selamat Berusaha !


Tunggu laporan penuh daripada Kakak Sarah untuk perjumpaan pertama ini.



Stay Tune!




Kita jumpa lagi pada 11 Februari untuk aktiviti One In A Million!

No comments:

Post a Comment