Monday, June 27, 2011

Bijak Quran 1 & 2


Bismillahirahmanirahim.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Assalamualaikum adik adik sekalian!!..

Alhamdulillah, dengan izin Allah kali ini kita dapat meng'update' dan menceritakan perihal program yang telah kita jalankan,  Alhamdulilah  sifat dan sikap adik-adik kita tetap mantap.

Program kita kali ini adalah Bijak Quran yang telah pun dijalankan pada 7 Mei 2011 dan 21 Mei 2011 yang lepas. Keterlibatan adik-adik sangat baik walaupun program yang kita jalankan pada 21 Mei yang lepas jatuh pada cuti sekolah, maklumlah aktiviti adik-adik pada cuti sekolah telah diprogramkan oleh ibu dan ayah. Walau macamana pun TAHNIAH adik-adik yang telah terlibat..

Program Bijak Quran kali ini, kita memfokuskan bacaan Al-Quran oleh adik-adik kita. Sepeti biasa, diawal program Bijak Quran kali ini, kita mengambil kira amanah dan amanat yang telah di suruh oleh para fasi iaitu fail, badge, serta kelengkapan lain. Dengan adanya barang-barang tersebut dapat lah adik adik kita markah berupa bintang pada kad laporan mereka. Seronokkan dapat bintang!!.

Selepas sesi pendaftaran adik-adik kita diberi taklimat sepanjang agenda program dijalankan, tibalah saat adik-adik kita ini mengambil air wudhuk untuk menunaikan solat dhuha Bagi adik-adik lelaki mengambil
wudhuk dibawah, manakala adik-adik perempuan mengambil wudhuk di tingkat atas.

 kali ini imam untuk solat dhuha kita di imam kan oleh adik suhaib. Serta iqamat oleh adik talhah.



Rapatkan saf, serta mula niat solat dhuha. 


                                                                Imam muda suhaib mengimamkan solat dhuha.


Allahuakbar..Allah maha Besar.
                   adik perempuan kita iaitu adik natasya, adik sarah, adik mawaddah, dan adik yati


Seusai solat. Doa dibacakan oleh adik anas.
                                 
                                      sama sama kita meng'amin'kan doa...


                                  

 Selesai solat dhuha adik kita membaca doa dhuha dan doa rabhitah.




 kita baca doa dhuha dan rabhitah sama-sama.

                                                         


                                                                                     

Selepas solat dhuha, adik kita mulai lapar, jadi seterusnya mari kita bersarapan. Kita mulakan makanan kita dengan menbaca doa makan..

 

eh adik anas kta cuba memerhati je, adik anas tak makan pedas katanya.


Alhamdulilah, sudah kenyang adik adik ikram junior semua.

Seusai solat dan makan adik adik kita duduk dalam bentuk halaqah, mula-mulanya kami ingin mengasingkan adik lelaki dan adik perempuan tetapi jumlah kehadiran adik kita pada hari tersebut kurang sedikit dari sebelumnya, jadi para fasi sepakat untuk mengabungkan adik lelaki dan adik perempuan, tetapi walaumacamanapun kami tetap menitik beratkan pergaulan diatara lelaki dan perempuan dengan memisahkan diantara adik lelaki dan adik perempuan dengan para fasilatator.





Perbincangan kali ini mengisahkan tentang "Kuda Sarakah" dari  Kisah- Kisah Haiwan Madinah.
Kisah kali ini adalah haiwan yang hidup pada zaman Rasullullah SAW. Fasilitator yang mengetuai cerita tersebut adalah kak najihah. Bestkan cerita itu adik adik!.. Semoga intipati dari cerita sarakah bin malik tersebut dapat memberi pengajaran dan pedoman untuk kita bersama.

Selepas itu adik-adik kita mula bertadarus Al-Quran. Tadarus Al-Quran kita dalam bentuk halaqah.




                                                                                
     adik daniel menbacakan surah-surah dalam juzuk amma.



adik-adik menbaca surah-surah yang terkandung dalam juzuk amma.

                                                                            
     kak najihah mengajar daniel membaca Al-Quran.



                                                                                       

                                                                             
                                   adik munzir menbaca surah pilihan didalam Al- Quran

                                                                              

                     adik suhaib membaca surah pilihan yang terkandung dalam Al-Quran.



    
                                                                                
       adik mawddah membacakan surah pilihan dalam juzuk amma.


    adik sarah menbacakan salah satu surah dalam Al-Quran

                                   

Program Bijak Quran ini menitik beratkan pembacaan Al-Quran dan pemahaman maksud surah tersebut, ini kerana selepas adik adik ini membaca surah pilihan mereka akan membaca maksud surah tersebut.


Alhamdulillah, selasai pembacaan Al-Quran dari adik adik kita, selapas ini kita akan menonton Video Qaza. Video ini menceritakan perjuagan ayah amat yang berjihat demi negara islam yang dicintai. Pihak israel telah mengambil tanah gaza demi kepentingan senderi, Diakhir cerita pihak islam telah menang setersnya dapat menegakkan negara islam tercinta.



                           khusyuk adik adik kita melihat video Gaza Palestin, Moga-moga sifat jihad ahmad dalam cerita tersebut dapat diikuti dan dicontohi oleh adik adik kita. Seterusnya rajin untuk belajar demi kepentinggan ummah. InsyaAllah.







Setelah selesai menonton video tersebut tibalah masa adik adik ini untuk pulang, tetapi sebelum berakhirnya program, adik adik kita membaca doa dhuha dan doa rabithah. 

Program berakhir dengan surah al asr dan tasbih kifarah.



Jumpa next program adik adik ya...


Maal salama wa' ala liqa'