Sunday, January 22, 2012

Perjumpaan pertama 2012




                                Assalamualaikum adik-adik ikram junior…….

Semoga adik-adik ikram junior sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. Pertemuan kali  ini adalah  penyambungan mukadimah dari Ukhti Welma Laanda untuk sesi pertama ikram junior pada tahun 2012.

Baiklah.. Seperti adik-adik sekalian ketahui, aktiviti kita pada 14 Januari 2012 hari sabtu yang lepas kita telah melaksanakan aktiviti ‘indoor’ di pejabat ikram kulim. Aktiviti pertama pada tahun 2012 ini lebih menekankan beberapa  perkara untuk adik-adik ikram junior kulim, antara-antara aspek(muwassofat)  yang di tekankan adalah akidah yang benar untuk adik-adik ikram junior ini, yakni percaya dan yakin akan keesaan Allah, yakin akan tuhan kita ialah ALLLAH. Allah adalah tempat kita bergantung harap bagi adik-adik ikram junior sekalian. Selain itu, penekanan kepada ibadah yang betul juga dititik beratkan. Oleh itu kita telah melakukan aktiviti mengambil wudhuk dengan cara yang betul.

Seperti yang dikatakan oleh kakak welma sebelum ini, kita telah membahagikan beberapa kumpulan adik-adik ikram junior ini. Tahap satu(umur antara 7-9 tahun) diketuai oleh dua orang kakak fasi iaitu kakak yunalis dan kakak fifi. Sementara tahap dua (umur antara 10-12 tahun) pula dibahagikan mengikut jantina iaitu adik-adik lelaki mewakili kakak fasi, kak ramziah dan kak sarah. Manakala adik-adik perempuan diketuai oleh kakak welma.

Aktiviti kita telah bermula pada awal pagi sekitar pukul 8pagi, pada masa ini pendaftaran telah dibuat dibantu oleh makcik latifah, makcik midah dan kakak najihah . Pada pendaftaran ini juga adik-adik ikram junior telah mendapatkan beg-beg mereka yang sangat cantik beserta dengan buku ikram junior dan  badge ikram junior. Wah sangat seronok adik-adik kakak ni. Semoga ia dapat banyak memberi manfaat buat adik-adik ikram junior.

Seusai sesi pendaftaran, adik-adik ikram junior telah pun beratur mengikut tahap masing-masing dan  kita akan melakukan senaman. Yeahhh… mari kita bersenam..

beratur baik-baik adik-adik kakak

kita mulakan senaman

Setelah selesai bersenam adik-adik ikram junior semakin ceria, yelah kita sudah pun megeluarkan peluh sebentar tadi kan.. keluar peluh ke adiik-adik ikram junior??..

adik talhah, adik aqil, adik irfan, adik suhaib, adik anas dan adik munzir


penuh perhatian adik-adik kita ini


sesi taklimat dari kakak welma





mentelaah buku yang baru dapat

kenapa adik munzir??

excitednya dapat buku ikram junior dan beg ikram junior.

pembahagian kumpulan

pembahagian kumpulan adik perempuan





kenapa macam sedih jer adik-adik ni..

























Setelah sesi ‘worm up’ adik-adik diberi taklimat mengenai aktiviti kita pada sepanjang hari tersebut, serta taklimat mengenai buku ikram junior adik-adik. Seronok kan dapat buku ikram junior adik-adik.. Gembira sekali adik-adik kita ni.. taklimat telah pun disampaikan oleh kakak welma. Buku ikram junior telah pun terbit dengan baiknya dengan izin Allah pada tahun ini, antara kandungan tersebut mengandungi borang maklumat peribadi adik-adik ikam junior, pelan aktiviti kita sepanjang tahun 2012, ruangan untuk tasmik(hafalan) hadis setiap perjumpaan, ruangan carta bintang adik-adik, bahagian mutabaah fardiyah adik-adik iaitu ‘My solat tracking’ , serta juga mengandungi bahagian diari adik-adik, disitu adik-adik boleh menuliskan amalan baik adik-adik sepanjang tiap-tiap bulan dan akhir sekali ruangan ‘book lover’ iaitu synopsis buku cerita yang adik-adik telah pun membaca. Jadikan buku ikram junior ini sentiasa disamping adik-adik ye sebabnya adik-adik mestilah mencatat setiap amalan adik-adik dan paling penting adik-adik kena ‘tick’ pada ruangan solat adik-adik. Sesiapa yang dapat melakukan solat dengan baik pada setiap hari dan cukup solatnya lima kali sehari semalam, kakak fasi akan bagi token untuk ruangan solatnya, arr.. nak tak?? Wahh seronok.. nanti cantik ruangan buku adik-adik ada bintang.. Paling penting disini adalah melatih adik-adik untuk solat sepanjang hidup, jadikan solat kita ikhlas kerana Allah. Diakhirat nanti adik-adik, pertama sekali yang Allah lihat kita adalah solat. Jadi solat sangat penting pada diri seorang muslim. Adik-adik ikram junior ini semuanya mempunyai ciri-ciri muslim yang baik, betul sangat kan..

taklimat dan tazkirah dari kakak welma

pengisian dari kakak welma

















Seterusnya adalah pembahagian kumpulan adik-adik ikram junior, setelah selesai pembahagian kumpulan mengikut tahap umur, adik-adik duduk didalam halaqah masing-masing bersama dengan kakak fasi masing-masing.
Tahap satu bagi kakak yunalis adalah adik hafiz, adik wafi, adik akilah dan adik husna dan adik habib
Tahap satu bagi kakak fifi adalah adik anas, adik Afiq dan adik Daniel hakimi
Tahap dua untuk adik-adik perempuan bagi kakak welma adalah adik yati, adik sarah, adik aida shahira, adik izzah nusaibah dan adik nur farah iman.
Tahap dua bagi adik-adik lelaki untuk kakak ramziah adalah adik talhah, adik suhaib, adik aqil dan adik kadir mohd fariz.
Manakala tahap dua lelaki yang lain dipimpin oleh kakak sarah adalah adik talhah, adik taqif, adik munzir, adik irfan dan adik afif shauki.

group kakak fifi

kumpulan kakak ramziah

baik-baiknya adik-adik kak yun

penuh perhatian adik-adik kakak fifi

halaqah adik-adik kakak sarah
halaqah adik-adik kakak welma

kakak yunalis bercerita..




Setelah adik-adik duduk dalam halaqah masing-masing bersama kakak fasi, tibalah waktu makan. Adik-adik ikram junior untuk kali ini lebih bersua muka dan mengenali dengan lebih dekat apabila kita duduk bersama-sama dalam halaqah masing-masing sepanjang aktiviti dijalankan. Semoga ukhwah sesama kita terbina dengan redha Allah ye adik-adik sekalian. Ukwah fillah until jannah. Semoga talian persaudaraan kita sampai ke syurga Allah. Amin.

masa makan nasi lemak

Seusai sahaja slot makan, kita teruskan aktiviti kita iaitu sessi hafalan hadis. Hadis pilihan kali ini adalah kebaikan bersedekah.

“kullu maq’rufin sadakah”  setiap kebaikan adalah sedekah.  Hadis riwayat bukhari.




Setiap dikalangan adik-adik ikram junior diwajibkan untuk menghafal hadis tersebut, Diingatkan bahawa perjumpaan seterusnya akan di tasmik oleh kakak fasi masing-masing.Satu token untuk kelancaran bacaan hadis yang baik bagi adik-adik. arrr best kan dapat bintang..

Setelah selesai sessi menghafal hadis,kita beralih kepada sessi “Quran Walk” adik-adik ikram junior akan mentaddabur ayat dari surah an-nas.

Surah an-nas




Terjemahan Surah An Nas:
1. Katakan lah (wahai Muhammad) bahawa aku berlindung kepada Allah Tuhan Pemelihara sekelian manusia
2. Yang menguasai sekalian manusia
3. Tuhan yang berhak di sembah oleh sekelian manusia
4. Dari kejahatan pembisik , penghasut yang timbul dan tenggelam
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannyake dalam hati manusia
6. Iatu pembisik dan penghasut (kejahatan) dari kalangan jin dan manusia

Alhamdulillah adik-adik kakak semua ini telah menghafal surah an-nas ini, tetapi penghayatan dari maksud surah an-nas ini masih kurang,.baiklah. Intisari dari surah an-nas yang adik-adik semua ketahui adalah surah an-nas ini telah diturunkan di mekah dan maksud an-nas adalah ‘manusia’.

Pengajaran dari surah ini ialah:
1.  Kita semua wajib menyembah Allah
2. Allah SWT sahaja yang memelihara sekelian manusia
3. Syaitan itu yang selalu membisik dan menghasut kita
4. Syaitan itu membisikkan ke dalam hati-hati manusia, jika hati itu kuat maka tewaslah syaitan itu. tapi sebaliknya jika hati itu lemah maka berjayalah mereka menghasut manusia
5.  Dan kejahatan itu bukan sahaja berpunca dari syaitan tetapi juga dari manusia, (manusia yg berhati syaitan dan yang bersekutu dengannya)

Jadi adik-adik kita mestilah meminta pertolongan dari ALLAH agar diri kita tidak dipengaruhi dan dihasuti oleh syaitan. Selalulah adik-adik membaca surah ini ketika memulakan solat ya adik-adik ikram junior sekalian agar ketika solat tidak mengalami was-was dari bisikan syaitan.

adik-adik kita mentaddabur surah an-nas.
kakak ramziah memberi tazkirah 


kakak welma memyampaikan cerita.
















Setelah adik-adik kita selesai mentadbbur al-quran kita mempelajari cara mengambil wudhuk dengan betul. Bagi tahap satu kita lebih menekankan aspek teori kepada mereka, manakala tahap dua kita lebih mempelajari teori dan praktikal. Tetapi bagi adik-adik lelaki kita lebih tertumpu untuk mempelajari cara praktikal dengan menggunakan sebotol air mineral sahaja. Ini bagi lebih mengajar mereka tentang penjimatan air ketika berwudhuk.


adik talhah mengambil air wudhuk menggunakan hanya setengah  air botol sahaja.

adik aqil mengambil wudhuk mengunakan air separuh botol sahaja.

demostration wudhuk dari adik anas
Hasilnya adik-adik boleh menjimatkan air, dan apabila melakukan aspek praktikalnya adik-adik kakak ini hanya meggunakan setengah air sahaja dari air botol mineral tersebut, ini bermakana adik-adik ikram junior boleh menjimatkan air ketika berwudhuk. Kakak berharap adik-adik ikram junior boleh melaksanakan penjimatan air ketika berwudhuk walau dimana adik-adik berada.


Setelah sahaja adik-adik mempelajari cara berwudhuk dengan betul, tibalah waktu perpisahan. Kita berjumpa lagi pada 11 februari 2012 ya adik-adik.InsyaAllah perjumpaan seterusnya di taman rekreasi hi-tech untuk sesi 'outdoor' pula.. Berjumpa lagi...

Maal salamah waalal liqa’.







1 comment:

  1. video untuk sesi pertama 2012 akan diuplod oleh kakak welma... jadi tunggu kemunculannya ok..

    ReplyDelete