Sunday, January 23, 2011

Famili Aulad

Famili Aulad merupakan program berkala pertama untuk IKRAM Kidz bagi tahun 2011. Sepanjang tahun ini, ahli jawatankuasa merancang sebanyak 12 kali program yang diadakan secara purata sekali sebulan.

Objektif Famili Aulad ialah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak ahli IKRAM yang berumur sekitar 7-12 tahun untuk melibatkan diri dalam aktivti sosial yang berunsurkan Islami. IKRAM KIDZ merupakan wadah bagi mereka. Namun begitu, anak-anak bukan ahli IKRAM amat dialu-alukan keterlibatan mereka.

Sesi Pendaftaran

Oleh kerana Famili Aulad merupakan program yang julung-julung kali diadakan, maka first impression di kalangan peserta sangat diutamakan oleh pihak penganjur. Oleh kerana itu juga, aktiviti program dirancang agar lebih mesra kanak-kanak, santai dan menghiburkan. Di dalam masa yang sama, diselitkan pengisian positif yang boleh dipelajari oleh peserta.

Selain daripada itu, IKRAM KIDZ memperkenalkan sistem bintang sebagai insentif kepada peserta di atas keterlibatan mereka. Contohnya, fasi akan memberi bintang jikalau peserta berjaya menjawab soalan, berani tampil ke hadapan untuk memberi perkongsian, menolong membersihkan makanan yang tertumpah dan sebagainya. Bintang-bintang itu akan dikumpulkan dan hadiah lumayan menanti mereka setiap 2 kali perjumpaan.

Pada perjumpaan pertama ini, peserta dihidangkan dengan 2 aktivti yang berunsurkan audio visual : Quiz Movie Show dan Tayangan Video Saladin. Quiz Movie Show ialah aktiviti yang melibatkan tonton dan teka. Peserta dilatih untuk memberi fokus kepada apa yang mereka lihat sebelum fasi memberhentikan tayangan dan meminta peserta menjawab soalan berdasarkan pemerhatian mereka. Selain itu, aktivti ini juga bertujuan untuk memupuk nilai mesra antara fasi dan peserta. Ini sangat penting agar adik-adik tersebut tertarik hati untuk datang lagi ke program akan datang.

Atas faktor-faktor gagal mengawal peserta dan pengurusan masa, aktivti kedua selepas rehat terpaksa dibatalkan dan diganti dengan yang lebih bersifat santai iaitu menonton video Saladin dan membaca buku yang boleh diperolehi di IKRAM KIDZ Corner. Sebagai langkah mempromosi IKRAM KIDZ, penganjur menyediakan sudut bacaan di mana peserta yang berumur antara 10-12 tahun boleh meminjam buku.

Selepas itu, peserta diminta memberi perkongsian tentang apa yang mereka perolehi sepanjang program Famili Aulad. Sebelum balik, peserta diingatkan perjumpaan akan datang ialah pada 19 Februari 2011.

Kekuatan

  • Respon yang diberi peserta sangat hebat. Mereka mempunyai semangat yang kuat untuk menambahkan jumlah bintang.

Kelemahan

  • Fasi perlu memberi perhatian kepada adab-adab semasa makan dan pergaulan sesama kawan-kawan.
  • Fasi perlu memastikan peserta bersalaman sebelum balik.
  • Fasi perlu belajar mendidik peserta tentang kebolehan mereka mendengar arahan agar keadaan menjadi terkawal
  • Fasi perlu membahagikan tugas antara sesama fasi– memberi markah/menguruskan makanan/disiplin
  • Peserta perlu dipisahkan mengikut tahap umur : 7-9 tahun dan 10-12 tahun atas alasan kesukaran komunikasi dan tahap pemikiran.

Jumpa lagi!


Sesi bergambar

Wassalam