Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 2013M/ 1435H








   KULIM, 1 Muharam 1435 bersamaan 5 November 2013 - Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan kali ini telah membawa tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Wasatiyah bermaksud keserderhanaan, Oleh itu, untuk penyatuan dan kesatuan ummah, haruslah memilih keserderhanaan dalam kehidupan kita seharian.


“Sesungguhnya Nabi SAW telah mentafsirkan wasatiyyah dengan keadilan.” (Riwayat al-Bukhari)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. Sangat bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi tergolong di atas pemberian nikmat serta di beri kesempatan untuk hidup bagi meneruskan dan melaksanakan ibadah kepadaNYA. Semoga kita dan seluruh umat Islam di tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, dan berharap tahun akan datang lebih baik dari tahun ini.


Muharam juga adalah bulan pertama dalam tahun Islam (hijrah). Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah) dan telah memberikan kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada 1 Muharam juga, khalifah Umar Al-Khattab telah membuat penyistiharaan kiraan bulan islam dalam hijrah. Selain itu, pada 10 Muharam dinamakanjuga hari 'Asyura' kerana telah terjadinya peristiwa penting dalam kegemilangan perjuagan bagi menegakkan keadilan dan kebenaran Islam.


Maal hijrah juga memberi penghayatan dan menghayati tentang perjuagan hijrah Rasulullah saw bagi melakukan perubahan dalam kehidupan diri muslim bagi mengerti dan melihat Hijrah dalam rangka melakukan perubahan yang menyeluruh mengikut maratib amal sehinggalah tercapai konsep Islam sebagai Ustaziatul Alam.




 kronologi peristiwa hijrah Rasulullah saw.


Antara perkara yang digalakkan untuk kita lakukan pada awal muharam adalah perbanyakkan berdoa. Berikut adalah doa yang digalakkan untuk kita membaca ketika waktu asar bagi doa akhir tahun, manakala waktu maghrib adalah doa awal tahun bagi 1 Muharam 1435H.





Akhir kata, Mari kita bersama-sama berhijrah menuju Allah s.w.t bagi memperbaiki diri dengan melakukan segala perintah dan menghindari segala laranganNYA. Semoga perjalanan tahun baru Islam ini memperolehi nilai ganjaran disisi Allah swt serta meraih redha Allah swt dengan lebih baik lagi dari tahun sebelumnya.

Sekian. Wallhu A'lam..

















Saturday, November 2, 2013

Aktiviti Tambahan Klinik Solat Bulanan


Assalamualaikum w.b.t

Pada bulan lepas, 5 Oktober 2013. Program Klinik Solat Bulanan telah melaksanakan program tambahan bagi membantu peserta-peserta yang masih kurang dari segi pengetahuan solat serta bagi mengemaskini bacaan solat mereka. Seperti biasa, program bermula pada sekitar 8.30pagi hingga 11.30pagi. Peserta di mulakan dengan solat sunat dhuha. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah melekatkan stiker bacaan solat dengan betul pada kertas soalan yang diberikan oleh fasilatator. Selain itu, para-para fasi melihat serta menguji bacaan solat yang dilakukan oleh peserta terutama bagi bacaan doa qunut serta tahiyat awal/akhir. Alhamdulilah ada peningkatan serta potensi yang baik bagi peserta kerana telah diperinggatkan pada program sebelumnya untuk melancarkan bacaan serta hafalan solat mereka.Justeru itu juga, kerjasama serta galakkan pemantauan dari ibu bapa mereka di rumah sangat banyak membantu potensi solat peserta.

Fasilatator telah menyiapkan alat bantuan mengajar. Benda paling penting ialah stiker sebagai pencetus semangat peserta.
Target awal untuk kumpulan ini ialah latih mereka sehingga boleh menghafaz bacaan tahiyat awal sahaja sebab mereka masih kecil lagi. Tetapi setelah habis program selama 2 jam, mereka boleh menghafaz sehingga tahiyat akhir. Ingat nak proceed sehingga hafazan doa qunut sahaja.. Alhamdulilah.

Kesemua adik-adik ni boleh menghafaz dengan baik bacaan tahiyat awal dan akhir serta Doa qunut  walaupun bukan kesemua mereka lancar menghafaznya, namun pencapaian begitu masih boleh dibanggakan sebab usia yang sangat muda. Mereka semua berada dalam darjah 1-3. Mereka ini pemberi semangat kami, sebab sebaik selesai program, mereka meminta untuk dibuat lagi Klinik Solat. Kumpulan ini di ketuai oleh fasilatator ukhti Ramziah. Terima kasih fasi kak ram.

 Kumpulan ini juga ada 2 ahli baru. Tahniah adik-adik yang bersama kami sejak dari sesi pertama hingga akhir kerana berjaya merekrut orang baru.Alhamdulillah.. Fasilatator yang mengetuai kumpulan ini adalah ukhti Asyikin. Terima kasih kak syikin. 

Kaedah pengajaran untuk adik-adik lelaki dan adik-adik perempuan memang berbeza. Sehingga kini, kak fasi sentiasa mencuba dan berusaha mencipta kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Mereka ini penceria majlis. Kakak fasi doakan semoga semuanya membesar menjadi pemuda kebanggaan ummah. InsyaAllah.. Amin.




Jutaan Terima Kasih dan Jazakillah Khairan Khatera pada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program "Klinik Solat". Semoga Allah membalas dengan kebaikan pada semua. Moga-moga meraih redha Ilahi. Amin Ya Rabb..













-maal salamah wa'ala li'qa..