Monday, October 1, 2012

Family’s Gathering IKRAM Kulim



  Pada 22 September yang lepas IKRAM kulim telah mengadakan perjumpaan keluarga bagi sambutan hari raya aidilfitri. Bertempat di Taman Rekreasi Hitech Kulim. Walaupun sambutan agak rasa tidak sesuai pada masanya kerana sudah menjankaui bulan Zulkaedah,tetapi semangat ber”ukhwah” tetap dirasai dan dinikmati oleh seluruh keluarga IKRAM kulim.( termasuklah adik-adik IKRAM JUNIOR KULIM).

  Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut adalah kata-kata aluan dari YDP IKRAM kulim, tazkirah, aktiviti IKRAM JUNIOR, dan sedikit aktiviti ta’aruf dan makan-makan sesama ahli keluarga IKRAM kulim.

Aktiviti IKRAM JUNIOR Kulim adalah “mewarna”… yeahh..

ini lah hasil mewarna adik-adik ikram junior kulim.. taniah bagi pemenang..

ustazah norsham memerhatikan gelagat anakandanya, habib dan husna


kakak ramziah dan ustazah norsham sebagai pemerhati

kita mula mewarna.. yeaa..



3 beradik yang sangat comel. Afiq, hafiz dan munir






sungguh tekun adik -adik kita mewarna



seluruh keluarga ikram 'kusyuk' mendegar tazkirah.


adik anas menunjukkan kehebatannya.. huhu



peyampaian hadiah disampaikan oleh YDP ikram kulim, Ustaz  Rahim

barisan adik-adik ikram junior yang comel-comel belaka.

adik aqilah



adik iman



adik anas.. sempat 'peace' lagi ya..hu2

adik irfan







adik talhah



makan secara santai diikuti dengan aktiviti taaruf.

barisan ibu-ibu ikram junior..huhu


Berjumpa lagi dilain aktiviti, maal salama' waalaliqa.......

Saturday, July 14, 2012

Beginilah Kami Meraikan Ramadhan (Bahagian 2)

Seminggu berlalu.

Pada minggu ini, 14 Julai,  kami akan menziarahi rumah anak-anak yatim BEDAYA. Aktivti kami bermula pada pukul 2.30 petang - 5.30 petang.


Inilah beg-beg untuk disumbangkan. Semuanya berjumlah 31 beg. Sudah siap disusun di atas meja.

Kami berlatih dahulu sebelum membuat persembahan di surau rumah BEDAYA. Yang tidak memakai baju melayu itu ialah penasyid import secara mengejut.

 
Adik-adik perempuan Ikram Junior pula menolong kakak fasi menyusun makanan.


Majlis kami dimulakan dengan Tazkirah Persediaan Menyambut Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Shahimi. Ustaz juga memperkenalkan kepada hadirin tentang NGO IKRAM.



Ustaz Shahimi



Adik-adik rumah BEDAYA. Kasihan mereka, keletihan. Pada sebelah pagi, mereka ada program dengan kumpulan nasyid yang datang membuat promosi. Sebelah petang pula bersama kami.

Kami juga mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Shahimi


Selepas sesi tazkirah, kami ada sesi kuiz. Soalannya sekitar pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Shahimi. Adik-adik dan kakak Ikram Junior akan memikirkan soalan-soalannya dan adik-adik Bedaya akan menjawab soalan tersebut. Siapa yang menjawab dengan betul, akan diberikan hadiah :)


 
Tanpa membuang masa, setelah sesi kuiz tadi, kami sajikan para hadirin dengan persembahan nasyid - Marhaban Ya Ramadhan.



Sebelum Ustaz Shahimi balik, Ikram Junior menyampaikan sedikit cenderahati sebagai tanda terima kasih di atas kesudian meluangkan masa bersama kami.



Jam sudah menunjukkan 3.45 petang. Untuk mencergaskan diri, apa kata kita main dulu. Antara lain tujuannya ialah, merapatkan ukhuwwah. 

Ketua kumpulan perlu mengambil tali untuk ahli kumpulannya



Tali itu akan digunakan untuk diikat pada kaki mereka. Contohnya seperti kumpulan ini.

Ikat jangan tidak ikat kaki tu. Sebelum permainan bermula, mereka dikehendaki berkenal-kenalan dahulu serta mengingati nama ahli kumpulan mereka.


Permainan pun bermula. Mereka dikehendaki mengiring dan bergerak ke hadapan.


Hati-hati jangan sampai tali terputus


Setelah tiba di check point, ahli kumpulan yang ditunjuk oleh fasi dikehendaki menyebut nama ahli kumpulan mereka satu per satu.




Adik Ikram Junior menyebut kesemua nama ahli kumpulannya



Setelah berjaya menyebut nama ahli kumpulan, mereka perlu meneruskan ke check point asal tadi.Sebelum itu, pastikan dahulu, kaki semua terikat dengan kemas.


Siapa cepat sampai, dia dikira pemenang. Juaranya ialah kumpulan yang idketuai oleh Asri (adik Bedaya).



Selepas bermain, kita makan.




Ada pelbagai makanan - bihun, kek coklat, kuih talam dan air sirap yang sedap. Makan jangan tidak makan.



Sebelum kami balik, kira-kira pukul 4.30 petang, kami perlu menyerahkan beg sumbangan ini dahulu. Setiap ahli Ikram Junior (lelaki) menggalas 3 buah beg untuk diserahkan kepada adik-adik Bedaya.




Seronok menggalas beg


Kanak-kanak yang sangat bersemangat menyampaikan sumbangan.




Bersiap-sedia 

Hafiz yang comel menyampaikan sumbangan. Habis pipi dicubit-cubit.

Bergambar beramai-ramai. Sumbangan ini sangatlah tidak seberapa. Semoga boleh memberi sedikit keceriaan kepada adik-adik di rumah Bedaya.  Ya Allah, cintailah dan kasihi mereka.

Hari ini adik-adik Ikram Junior tidak mendapat apa-apa hadiah seperti kebiasaan program. Jikalau mereka bertanya, kenapa mereka tidak mendapat hadiah seperti itu, maka jawab kami, hari ini kita mendapat pahala.

Kami meninggalkan rumah Bedaya pada pukul 5.30 petang setelah menunaikan Solat Asar. Ya Allah terimalah amalan kami ini. Terima kasih kepada Kak Bi, Yun, Kak Ram, Sarah, Fifi dan Nani. Tanpa anda program ini tidak boleh berjalan dengan baik. Anda semangat Ikram Junior.