Tuesday, March 20, 2012

Futsal !!!!

Assalamualaikum w.b.t

Pada 11 Mac 2012 adik-adik lelaki ikram junior telak melakukan aktiviti futsal. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim diantara  sesama adik-adik ikram junior dan kakak fasilatator. Diharap ukhwah dapat terjalin sehingga keakhirnya apabila kita bertemu Allah.. InsyaAllah..

Pada hari tersebut adik-adik yang menyertai permainan futsal adalah adik Talhah Mdradzi, Muhammad Thaqif , Anas Mdradzi, Talhah Aminuddin, Muhammad Afif Shauki, Irfan Zainuddin dan Mustaqim bagi kumpulan A.

Manakala kumpulan B adalah adik Asraf, Irfan Yusof, Muhammad Aqil,  Mohd Rosidi, Fariz, Solihin dan seorang adik, pemain import dari kulim square.(terlupa nama pula..maaf yaa.)

Selain itu juga, kakak fasi yang telibat adalah kakak ramziah dan kakak sarah. Kakak ramziah dan kakak sarah ditugaskan untuk mengambil dan menghantar adik-adik ikram junior dari rumah ke tempat bermain futsal tersebut.. Gelanggang futsal yang telah adik-adik bermain adalah bertempat di E-ONE Futsal lunas, kulim.

Pada hari tersebut kapten bagi kumpulan A adalah adik Muhammad Afif Shauki, manakala kumpulan B adalah adik Muhammad Asraf b. Mohd Yusof. Tidak ketinggalan Pengadil yang mengadili pemainan futsal ini adalah kakak ramziah.Pemenag di menangi oleh adik-adik dari kumpulan B. Tahniah...

Bagi adik-adik yang tidak dapat melibatkan diri dalam permainan ini, diharapkan jangan berkecil hati, InsyaAllah.. Jika ada rezeki dan keizinan Allah, kita akan bermain lagi..


menuju ke gelanggang bermain

Kumpulan A 


Kumpulan B

adik-adik mengambil tempat masing-masing

siap sedia dengan position masing-masing 

kakak ramziah sebagai referee

one to som... hehehe

pengadil mengadili siapa yg dpt bola...

kita mulaaa... yea...







adik afif merancang strategi untuk mengalahkan pihak lawan..



kesian adik anas...;(.....

Adik anas ketika ini demam panas, tetapi masih bersemangat untuk bermain futsal..



sempoii lahh adik talhah... tengah fikir mcmana nak goal ni..


berehat sebentar, setelah penat bermain dalam separuh masa pertama..

kita minum dulu... !!!

minum dan makan roti dulu....;)

sambung bermain untuk separuh masa terakhir..

penentu saat-saat terakhir... kumpulan B yang menang... 

inilah kumpulan B, pemenang futsal ikram junior.. Tahniahh..

 masa ni adik munzir telah menelefon adik irfan untuk mengetahui  perihal  permainan futsal...




Aktiviti bermain futsal berakhir pada pukul 10.30 pagi.. Tahniah bagi pemenang dan yang kalah boleh terus mencuba lagi di lain masa. InsyaAllah... Terima kasih pada semua yang terlibat dan mengharapkan jalinan ikatan kemesraan akan terjalin dan dipupuk dengan lebih baik.. Amin ya rabb..

Selain dari itu juga, sangat  mengharapkan ikram junior akan terus berpekerti mulia dan berakhlak baik walau dimana sahaja kita berada. DiIngatkan juga kita mesti istiqomah dalam peribadi seorang mukmin ketika bermain..

Sekian.. Berjumpa lagi..InsyaAllah...








Monday, March 19, 2012

Treasure Hunt





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Apa khabar semua?.. Alhamdulliah sihat dengan izin dan rahmatNYA... InsyaAllah..

Pertemuan ikram junior yang lepas adalah pada 10 mac 2012 bertempat di taman tasik putra kulim. Pada kali ini aktivitinya adalah berkonsep treasure hunt. Baiklah, treasure hunt kali ini adalah bertujuan untuk memahami dan menyelami hadis dan surah pilihan . (apa dia tunggu yaa..)

Seperti biasa pertemuan bermula pada pukul 8.15pagi untuk berkumpul dan taklimat di surau kulim square. Di surau ini adik-adik ikram junior telah bertemu dan berkumpul bagi melakukan solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha kali ini di imamkan oleh adik ikram junior iaitu imam muda asraf.(Mohammad Ashraf B. Mohd Yusof). Alhamdulillah...

Seusai sahaja solat sunat dhuha secara berjemaah oleh adik-adik ikram junior, mereka diberi sedikit tazkirah pendik dari Ukhti Welma. (moga-moga mendapat kebaikan darinya..Amin..) Selepas daripada itu, Ukhti welma memberi taklimat tentang aktiviti treasure hunt yang akan adik-adik ikram junior lakukan di tasik,kulim. Sehabis sahaja taklimat di surau kulim square, adik-adik ikram junior telah bergerak menaiki kenderaan fasilatator masing-masing menuju ke taman tasik putra, kulim.. yeaaa, (seronoklah jalan-jalan)

Pada kali ini fasilatator yang menganggotai aktiviti ini adalah kakak welma, kakak ramziah, kakak yunalis, kakak fifi, makcik bibi dan kakak sarah, serta fasilatator tambahan dari ikram teens iaitu kakak shamin dan kakak anis. Tidak lupa juga kepada ajk yang banyak membantu dari segi kelengkapan dan makanan iaitu makcik hamidah dan makcik latifah..(Terima kasih semua)..



perbincangan kakak  fasilatator dan dipantau oleh ustazah latifah
kakak welma memberi taklimat


Imam muda asraf meng'imam kan solat sunat dhuha

bersiap sedia untuk solat sunat dhuha

kakak welma memberi tazkirah










laluan masuk ke taman tasik kulim
Di sinilah pintu masuk tasik putra, kulim

Setelah sampai ke destinasi treasure hunt kita iaitu taman tasik putra kulim. Adik-adik ikram junior telah beratur mengikut halaqah dan kakak fasi  masing-masing. Setelah diberi penerangan panjang lebar tentang aktiviti treasure hunt oleh kakak welma di surau kulim square tadi, tibalah masanya adik-adik ikram junior memulakan aktiviti treasure hunt mereka. Setiap kumpulan-kumpulan ikram junior diminta untuk melantik seorang ketua kumpulan. ketua kumpulan memainkan peranan bagi mengetuai misi pencarian 'klu' sepanjang aktiviti terasure hunt ini   sehingga ke 'klu' yang terakhir, klu yang terakhir adalah destinasi terakhir mereka bagi mencapai matlamat sebenar aktiviti treasure hunt kita..mereka diberi peta bagi permulaan perjalanan    misi treasure hunt ini.

ini lah peta treasure hunt adik ikram junior.

Permulaan treasure hunt setiap kumpulan bersama fasilatator masing-masing dengan lafaz kalimah Allah s.w.t. Bismillahirahmanirahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Baiklah..

Setiap kumpulan akan mendapati peta masing-masing. Selain itu, peta tersebut mengandungi gambaran tempat kawasan terasure hunt iaitu tapak taman permainan A, B dan C serta pondok utama. Dan  dibelakangnya terkandung soalan-soalan bagi  setiap 'klu' iaitu setiap soalan akan mendapati satu keratan gambar. Di akhir check point dan klu tersebut adik-adik ikram junior akan mencantumkan keratan gambar bagi menghasilkan gambaran akhir tersebut. 

taman permainan, tasik kulim

pondok utama

tasik putra, kulim

subhanaAllah.. indah sungguh ciptaan Allah.




pokok sebahagian dari tempat klu untuk check point seterusnya

tempat berkumpul dan pondok utama


pokok juga makhluk Allah






peraturan di taman tasik kulim




Soalan-soalan ada terkandung di belakang peta treasure hunt untuk adik-adik ikram junior. Dari satu check point ke satu check point yang lain adik-adik dikehendaki mengikut soalan yang disediakan dan melakukan aktiviti tersebut bagi membolehkan ke check point seterusnya, sehinggalah ke check point terakhir. Setiap check point adik-adik ikram junior akan mendapati keratan gambar bagi melengkapkan keratan-keratan tersebut menjadi satu gambar. Di akhir check point adik-adik akan mendapati apakah gambar yang dimaksudkan.

Antara soalan pertama adik-adik ikram junior yang perlu lakukan adalah :

1)      Sebelum adik-adik mendapat keratan gambar pertama, adik-adik dikehendaki menghafaz sebuah hadis yang akan dikelolakan oleh fasi adik-adik. Ketua Kumpulan hendaklah memastikan semua ahli di dalam kumpulannya boleh menghafaz hadis dengan baik.  Ingat! Kumpulan adik tidak akan dibenarkan menuju ke check point seterusnya, jikalau ada ahli yang tidak boleh menghafaz. Selamat Berjaya!

Oleh itu, Hadis yang perlu kita hafal adalah tentang:


 " UCAPAN YANG BAIK ADALAH SEDEKAH "


                                               Ø§Ù„كلمة الطيبة ØµØ¯Ù‚Ø©                           
                    Al kalimatun toibatun sodakah


              " Ucapan yang baik adalah Sedekah" - Hadis riwayat bukhari

Setelah kesemua ahli kumpulan telah menghafal hadis dengan baik dan jayanya, kakak fasi yang menyertai kumpulan adik-adik ikram junior akan memberi keratan gambar pertama seterusnya akan mara ke check point seterusnya.

Seterusnya soalan yang berikut adalah :

2)    Adik-adik, sila kembali semula ke pondok tempat kita berkumpul sebentar tadi. Sila menghadap ke TAMAN PERMAINAN 2. Kemudian Jalan 10 langkah ke hadapan dan kemudian cari makhluk Allah yang ini.  Kita namakan dia makhluk A. Klunya : Adik-adik cuba cari siapa saya? Saya begitu penting kerana saya memiliki keratan gambar yang kedua. Saya bersyukur kepada Allah kerana menciptakan saya mempunyai otak. Bukan itu sahaja, saya juga dikurniakan akal untuk berfikir akan kekuasaanNya. Sebagai tanda saya bersyukur kepada Allah, saya mematuhi arahanNya untuk menutup aurat. Pada hari ini saya memakai baju warna ________________. Cuba cari siapa saya.

Untuk permainan ini, mereka akan mencari 'makhluk Allah' itu adalah kakak fasi mereka masing-masing. Fasi akan memberi mereka helaian Surah Al-Ikhlas untuk dibaca sekali dengan tafsir. Selepas itu  adik-adik akan mentadabbur alam sekeliling. Alam ini diciptakan oleh Allah yang satu. Tidak ada dua atau tiga. Kita fikir Kalau ada 2 Tuhan, pasti akan bergaduh sebab merebut kuasa. Kita bukan menyembah seorang manusia atau patung-patung yang lemah dan perlu kita melayaninya. Kita menyembah Allah yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana. Berbanggalah kita menjadi orang Islam. 

Justeru itu surah pilihan kita kali ini adalah surah Al-ikhlas. 


Surah al-Ikhlâs

bismillah
sura



Terjemahan:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Alhamdulillah... Harapan untuk adik-adik ikram junior untuk terus memahami dan mendalami intipati dari surah ini.Sekaligus mengakui Allah yang Esa... InsyaAllah...

Selepas sahaja adik-adik ikram junior mentaddabur surah al ikhlas bersama fasilatator, fasi akan memberi kepingan gambar kedua untuk checkpoint seterusnya.

 soalan yang berikutnya adalah : 

3)  Sekarang kita teruskan pengembaraan. Adik-adik sekarang cari pula makhluk B. Klunya seperti di bawah : Saya bersyukur  kepada Allah kerana menciptakan saya. Walaupun saya tidak dikurniakan otak dan akal, ini tidak bermakna saya tidak berguna. Allah tidak mencipta makhluknya tanpa tujuan. Contohnya saya, makhluk Allah yang lain sering manjadikan saya sebagai tempat berteduh ketika hujan atau panas. Kalau adik-adik mahu tahu, keratan gambar adik-adik ada pada diri saya

Pada masa ini adik-adik ikram junior sebenarnya akan mencari 'sebuah pokok' bergantung pada peta yang diberikan. Keratan gambar ketiga mereka dilekatkan di pokok itu. Setelah adik-adik ikram junior mendapati keretan gambar, seterusnya mereka akan mara ke check point seterusnya.

pokok ini lah dilekatkan klu untuk mara ke check point seterusnya.
adik-adik ikram junior giat mencari klu..



Soalan seterusnya:

4)     Sekarang jom kita ke Taman Permainan 2 untuk aktiviti uji minda.(mengikut peta mereka masing-masing)

 Pada masa ini fasi yang mengelola aktiviti ini adalah kakak anis, kakak anis akan memberi adik-adik ikram junior hoola hoop( benda bulat selalu guna untuk bersenam).Kakak anis akan mengarahkan mereka untuk menggerakkan hoola hoop itu bermula dari peserta pertama hingga peserta terakhir tanpa terputus. Jikalau berjaya adik-adik diberikan kertana gambar ke-empat. Ini juga dinamakan ikatan ukhwah adik-adik ikram junior bagi setiap kumpulan. sekiranya berjaya akan mara ke check point seterusnya.

main hoola hoop, jagan sampai terputus ikatan tu yaa.


cayalah.. mann jadda wajadda..





Soalan seterusnya adalah:

5)      Adik-adik, mari kita cepat-cepat tamatkan pengembaraan ini. Jom kita ke tempat kanak-kanak bermain. Dapatkan keratan gambar ke-lima adik-adik.  Jikalau adik-adik mahu tahu saya di mana, di sekeliling saya terdapat makhluk Allah C. Makhluk Allah ini selalu memayungi manusia daripada panas terik. Apabila dirinya menjadi semakin berat dengan udara lembab, maka hujan pun turun.

 Pada masa in, fasi akan menyuruh mereka memilih 2 orang sebagai pemberi arahan dan selebihnya, mata mereka akan ditutup. Dua orang itu akan memberi arahan kepada kawan yang lain yang ditutup mata untuk mencari gula-gula di sekitar mereka. Minimum gula-gula ialah 3 dalam masa 1 minit. Jikalau tidak berjaya masa akan diperpanjangkan sehingga dapat 3 gula-gula. Selepas berjaya berikan keratan gambar mereka. Seterusnya akan mara lagi untuk ke check point seterusnya.

kakak shamin memberi arahan kepada adik-adik ikram junior 

masa diberikan satu minit sahaja. cepattt..








Seterusnya:

6)      Adik-adik perhatikan gambar yang diberikan oleh fasi. Cari lokasi itu. Keratan gambar ke-enam ada dilekatkan di situ. Ayuh! Cepat! Tampalkan ke enam-enam keratan gambar itu dan cepat menuju ke pondok, destinasi terakhir kita. Cepattttt!!!!!

Dan check point terakhir kita:

7)      Apabila sampai di pondok, cepat jumpa penjaga pondok itu dan serahkan keratan gambar. Sebelum itu, penuhi permintaan penjaga pondok terlebih dahulu, baru adik-adik dikira pemenang!

 Permintaan penjaga pondok ialah, adik-adik ikram junior dikehendaki mengulangi semula hadis yang dihafaz tadi. Dan kumpulan yang sampai ke check point terakhir dengan cepat dikira pemenang

Pemenang juga dikira dari segi  kumpulan mana yang paling banyak kata-kata positif dan kurang bahasa yang tidak baik dan juga kumpulan yang paling cepat sampai destinasi dengan hafalan hadis yang tidak lupa ketika di destinasi terakhir.



ada yang tak kena ni, kata kak sarah

mencari dan terus mencari klu yaa..

adik iman yang cute

anak-anak buah kakak yunalis




group kakak sarah


comelnyaa adik kita ni...

masyaAllah... tekun sungguh adik-adik ikram junior ni.

Pengumuman dari kakak welma


Pemenang telah diberi hadiah, Tahniah adik-adik ikram junior...


Sebenarnya konsep treasure hunt yang telah kita laksanakan ini adalah secara tidak langsung (indirectly) adalah bertujuan untuk kita memerhati keindahan ciptaan Allah seterusnya mengakui dan menyakini keESAan Allah s.w.t. Sejajar dengan surah pilihan kita iaitu surah al ikhlas..

Allah s.wt. telah menciptakan seluruh makhluknya dengan sempurna dan bertujuan. Tiada hakikat bagi kewujudan yang lain, melainkan kewujudan-Nya dan tiada hakikat bagi kudrat penciptaan yang lain melainkan kudrat penciptaan-Nya..

Selain dari itu juga, suasana hafalan hadis kita juga berlainan, kali ini hafalan dan praktikalnya digabung jalinkan. Justeru itu, permainan dibuat  bukan sahaja dikira sebagai pemenag yang sampai dahulu, tetapi dikira juga dari segi akhlak dan tutur kata yang baik dari kesemua ahli kumpulan. Apabila ahli berjaya mempraktikkan akhlak dan tutur kata yang baik sejajar dengan hadis kita pada hari itu baru dikira sebagai pemenag sebenar. Alhamdulillah...

pemenang diberi hadiah







seronok dapat hadiah ya adik-adik

adik anas yang sangat comel.. peace.



doa perpisahan


kita baca surah al asr dan tasbih kifarah



Berjumpa lagi...adik-adik ikram junior.... Maal saamah waalal liqa'