Tuesday, December 27, 2011

AULAD RAIKAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Program ini bertempat di surau kulim square bagi program aulad raikan ramadhan, berbanding dengan sebelum ni selalunya di pejabat ikram kan, nampak lain sedikit untuk bina semangat adik-adik untuk meraikan  ramadhan tahun ini. Seperti biasa program ini telah bermula sekitar 8 pagi bermula dengan sesi pendaftaran para peserta.




seronok nampak adik kita ni mendaftar, tak sabar nak start proram yer, sabar sabar adik-adik




Setelah selesai pedaftaran untuk adik- adik, mari kita mendegar ceramah yang disampaikan oleh ustazah latifah sempena meyambut bulan ramdhan. Itu ustazah latifah tengah set up untuk perform ceramah sempena 'aulad raikan ramadhan"



wahh, apa yang dibuat adik asraf tu, silap mata erkk







kusyuk adik perempuan kita mendegar, bagguss






















Setelah mendegar penjelasan ustazah latifah apa yang adik-adik dapat??, emm mesti banyak info kan, antaranya hikmah kita berpuasa dibulan ramadhan.Kita sedia maklum bahawa Ramadhan menjelang setiap tahun dan terdapat dibulan itu rahmat dan maghfirah. Sikap bermurah hati pada bulan Ramadhan sangat dipuji,seperti Rasulullah SAW yang sangat dermawan, terutama pada bulan Ramadhan. Baginda juga menasihati para sahabat baginda supaya berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan orang lain yang kurang berkemampuan, merasai hidangan yang mereka hajati dan sukai kerana takutkan Allah semata-mata, bukan untuk sebarang balasan atau ucapan terima kasih.

Ingat adik-adik:

“Sedekah paling utama adalah pada bulan Ramadhan.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)

“Barang siapa menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, nescaya ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan An-Nasai serta dinyatakan sahih oleh Al-Albani)


Baiklah, Seterusnya kita bersama dengan pakcik Aminuddin yang akan menceritakan tentang isu PALESTIN,sempena dengan sesi untuk pecah tabung palestin.


sedih lah tengok gambar kawan seislam kita yang terseksa disana




semangat pakcik amin menceritakan isu palestin


sempoi lh adik lelaki kita ni, tapi tetap mantoop kan


                            
                                       ramai rakan-rakan aulad kita yang hadir, rugi siapa yang tak hadir, hehehe


pelbagai aksi adik kita tonjolkan
adik-adik semangat dengan isu palestin, kita sama-sama bersemangat ye membantu saudara kita disana, insyaAllah.


kak welma sebagai pengerusi majlis memberikan sepatah dua kata 








pelbagai gelagat adik-adik kita ni, eh rakan aulad kita dari sg.petani.


sesi pecah tabung bagi membantu rakan-rakan kita di palestin




teruskan menabung ya adik bagi membantu saudara kita di bumi palestin


comel lah tabung adik kita nie, macam botol susu lah..hehe


semangat adik anas dan suhaib kita, nanti kita menabung lagi ya, boleh sumbang kat aqsa syarif ok


ustazah latifah memberi wang kutipan terkumpul dari pecah tabung adik-adik kita ni kepada  pakcik amin mewakili
aqsa syarif.

Pengisian yang disampaikan pakcik amin mewakili aqsa syarif sangat memberi impak dan kesedaran buat semua, para kakak fasilatator jugak tersentuh dengan kehidupan saudara islam kita di bumi ambia, bumi palestin. Di Palestin jugak kan adik-adik terdapat masjid pertama kita iaitu "masjid Al-Aqsa".Kita tahu kan di palestin sekarang saudara kita sangat daif angkara kaum kafir laknantullah iaitu israel, nagara palestin telah dirampas oleh israel. Walaupun keadaan mereka sangat susah, rumah yang tidak serupa rumah, bangunan-bangunan yang pecah-pecah dibedil dengan peluru dan bom-bom oleh puak Zionist, makanan yang sukar diperolehi, kesihatan yang tidak terjamin, namun mereka tabah, mereka mampu berusaha untuk meneruskan kehidupan,MasyaALLAH, kehidupan anak-anak dididik dengan penuh izzah (kemuliaan), rakyat dijaga dengan penuh kasih sayang dan kemuliaan, mereka tidak menjadi pengemis atau peminta sedekah, malah mereka masih mampu untuk mempertahankan tanah suci yang menjadi tanah wakaf umat Islam sedunia. Mereka pasrah dengan ketentuan Ilahi dan akan terus mempertahankan tanah barakah itu bagi mewakili pihak kita semua. Berbanding dengan kita yang agak mewah dari segala infrastruktur, keperluan. So kita mesti ingat apabila kita senang ingat ada orang susah dari kita . Mari kita berkerjasama untuk membantu saudara islam kita di bumi palestin.InsyaAllah.




line up time.


beratur betul-betul adik lelaki kita ni, sapa tak beratur betul tak dapat main!!!!









Seterusnya adik-adik kita bermain, yeeeee!!!, nak main apa? kita bermain ala-ala treasure hunt, tapi kita bermain di sekitar surau kulim square, dimana check point di berikan kepada para fasilatator yang terlibat, antaranya, kak najihah, kak yunalis, makcik midah dan kak sarah. Ok are u readyy?? hehehe,


susun jangan tak susun


bersama kak sarah dalam menyusun ayat-ayat yg diberi




menyusun origami..hehehe


mak cik midah memberi taklimat sebelum mula permainan


line up bersama fasi, makcik midah


adik adik  yang sangat comel


wah hadiah untuk semua peserta ok,






ada hadiah bagi adik-adik akak ni




makcik midah dan kak welma buat ap tu yer!!




































bergambar bersama-sama detik perpisahan, sedih jer..








wah semua kata besttt, rugi sapa yang tak dapat hadir..hehehe




bermain teka silang kata


hati-hati dan berjumpa lagi

 best tak bermain mainan yang sangat bermanfaat ni.. bessttt..Mungkin pengisian disebalik permainan ini adik-adik akan dapat rasakan dan seterusnya mempraktikkan yer, adik-adik semua adalah generasi qurani, iaitu genersi cilik yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara, insyaAllah, amin ya rabb..

“Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara, sedekah jariah, anak soleh yang mendoakan dan ilmu yang bermanfaat.” (Hadis)

Semoga semua adik-adik menjadi anak yang soleh dan solehah... berbakti kepada ibu dan ayah..

Ok, Sekadar itu sahaja, kita berjumpa lagi, Maal salamah Wa'ala liqa'