Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 2013M/ 1435H








   KULIM, 1 Muharam 1435 bersamaan 5 November 2013 - Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan kali ini telah membawa tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Wasatiyah bermaksud keserderhanaan, Oleh itu, untuk penyatuan dan kesatuan ummah, haruslah memilih keserderhanaan dalam kehidupan kita seharian.


“Sesungguhnya Nabi SAW telah mentafsirkan wasatiyyah dengan keadilan.” (Riwayat al-Bukhari)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. Sangat bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih lagi tergolong di atas pemberian nikmat serta di beri kesempatan untuk hidup bagi meneruskan dan melaksanakan ibadah kepadaNYA. Semoga kita dan seluruh umat Islam di tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, dan berharap tahun akan datang lebih baik dari tahun ini.


Muharam juga adalah bulan pertama dalam tahun Islam (hijrah). Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah) dan telah memberikan kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada 1 Muharam juga, khalifah Umar Al-Khattab telah membuat penyistiharaan kiraan bulan islam dalam hijrah. Selain itu, pada 10 Muharam dinamakanjuga hari 'Asyura' kerana telah terjadinya peristiwa penting dalam kegemilangan perjuagan bagi menegakkan keadilan dan kebenaran Islam.


Maal hijrah juga memberi penghayatan dan menghayati tentang perjuagan hijrah Rasulullah saw bagi melakukan perubahan dalam kehidupan diri muslim bagi mengerti dan melihat Hijrah dalam rangka melakukan perubahan yang menyeluruh mengikut maratib amal sehinggalah tercapai konsep Islam sebagai Ustaziatul Alam.




 kronologi peristiwa hijrah Rasulullah saw.


Antara perkara yang digalakkan untuk kita lakukan pada awal muharam adalah perbanyakkan berdoa. Berikut adalah doa yang digalakkan untuk kita membaca ketika waktu asar bagi doa akhir tahun, manakala waktu maghrib adalah doa awal tahun bagi 1 Muharam 1435H.





Akhir kata, Mari kita bersama-sama berhijrah menuju Allah s.w.t bagi memperbaiki diri dengan melakukan segala perintah dan menghindari segala laranganNYA. Semoga perjalanan tahun baru Islam ini memperolehi nilai ganjaran disisi Allah swt serta meraih redha Allah swt dengan lebih baik lagi dari tahun sebelumnya.

Sekian. Wallhu A'lam..

















Saturday, November 2, 2013

Aktiviti Tambahan Klinik Solat Bulanan


Assalamualaikum w.b.t

Pada bulan lepas, 5 Oktober 2013. Program Klinik Solat Bulanan telah melaksanakan program tambahan bagi membantu peserta-peserta yang masih kurang dari segi pengetahuan solat serta bagi mengemaskini bacaan solat mereka. Seperti biasa, program bermula pada sekitar 8.30pagi hingga 11.30pagi. Peserta di mulakan dengan solat sunat dhuha. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah melekatkan stiker bacaan solat dengan betul pada kertas soalan yang diberikan oleh fasilatator. Selain itu, para-para fasi melihat serta menguji bacaan solat yang dilakukan oleh peserta terutama bagi bacaan doa qunut serta tahiyat awal/akhir. Alhamdulilah ada peningkatan serta potensi yang baik bagi peserta kerana telah diperinggatkan pada program sebelumnya untuk melancarkan bacaan serta hafalan solat mereka.Justeru itu juga, kerjasama serta galakkan pemantauan dari ibu bapa mereka di rumah sangat banyak membantu potensi solat peserta.

Fasilatator telah menyiapkan alat bantuan mengajar. Benda paling penting ialah stiker sebagai pencetus semangat peserta.
Target awal untuk kumpulan ini ialah latih mereka sehingga boleh menghafaz bacaan tahiyat awal sahaja sebab mereka masih kecil lagi. Tetapi setelah habis program selama 2 jam, mereka boleh menghafaz sehingga tahiyat akhir. Ingat nak proceed sehingga hafazan doa qunut sahaja.. Alhamdulilah.

Kesemua adik-adik ni boleh menghafaz dengan baik bacaan tahiyat awal dan akhir serta Doa qunut  walaupun bukan kesemua mereka lancar menghafaznya, namun pencapaian begitu masih boleh dibanggakan sebab usia yang sangat muda. Mereka semua berada dalam darjah 1-3. Mereka ini pemberi semangat kami, sebab sebaik selesai program, mereka meminta untuk dibuat lagi Klinik Solat. Kumpulan ini di ketuai oleh fasilatator ukhti Ramziah. Terima kasih fasi kak ram.

 Kumpulan ini juga ada 2 ahli baru. Tahniah adik-adik yang bersama kami sejak dari sesi pertama hingga akhir kerana berjaya merekrut orang baru.Alhamdulillah.. Fasilatator yang mengetuai kumpulan ini adalah ukhti Asyikin. Terima kasih kak syikin. 

Kaedah pengajaran untuk adik-adik lelaki dan adik-adik perempuan memang berbeza. Sehingga kini, kak fasi sentiasa mencuba dan berusaha mencipta kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Mereka ini penceria majlis. Kakak fasi doakan semoga semuanya membesar menjadi pemuda kebanggaan ummah. InsyaAllah.. Amin.




Jutaan Terima Kasih dan Jazakillah Khairan Khatera pada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program "Klinik Solat". Semoga Allah membalas dengan kebaikan pada semua. Moga-moga meraih redha Ilahi. Amin Ya Rabb..













-maal salamah wa'ala li'qa..


Monday, October 21, 2013

Sesi Terakhir Klinik Solat Bulanan (Sesi ke 4 & 5)


Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam atas segala nikmat yang telah kurniaakan.

 Pada 15 Jun dan 20 Julai yang lalu, Ikram Junior Kulim telah menjalankan program 'Klinik Solat Bulanan' bertempat di surau kulim square. Beberapa aktiviti tentang pencerahan solat dilakukan untuk adik-adik ikram junior. Diakhir sesi adik-adik ikram junior diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan diatas kedatangan penuh di sepanjang program 'Klinik Solat Bulanan'.

Jazakallah Khairan Khatira kepada peserta dan fasilatator.. terima kasih pada semua yang teribat, moga Allah balas dengan kebaikan. InsyaAllah.









penjelasan ringkas dari ukhti welma laanda






Alhamdulillah..Segala Pujian kepada Allah

Tahniah pada peserta 'Klinik Solat'



Sekian..

Thursday, May 23, 2013

KLINIK SOLAT - simulasi perjumpaan 1,2 & 3


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Klinik Solat anjuran ikram junior kulim telah berlangsung sebanyak tiga kali perjumpaan. Perjumpaan bagi sesi pertama pada 23 Mac yang lepas, diikuti perjumpaan kedua pada 13 April dan perjumpaan kali ketiga pada 11 Mei 2013. Program ini mensasarkan jumlah ahli sebanyak 30 orang. Ia juga adalah program yang berbentuk umum kepada masyarakat setempat, khususnya pada penempatan di kawasan kulim square. Oleh itu, program ini dijalankan di surau kulim square. Ahli-ahli terdiri dari sekitar umur  7 hingga 12 tahun. Setiap ahli dikenakan yuran RM20 untuk sekali pendaftaran sahaja bagi melengkapkan sesi perjumpaan pertama hingga ke lima. Berikut adalah tentatif perjalanan program Klinik Solat.


Program ini dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu tahap satu berumur dari 7 hingga 9tahun bagi kanak-kanak lelaki, 7 - 9tahun bagi kanak-kanak perempuan, manakala tahap dua, 10-12tahun bagi kanak-kanak lalaki dan 10-12tahun bagi kanak-kanak perempuan. Oleh itu, Ketua program, ukthi welma laanda mewakili ketua fasilatator. Antara fasi lain yang terlibat adalah ukhti ramziah, ukhti sarah, ukhti asyikin, ukhti humairah, ukhti shamin, ukhti sufi, ukhti muhsina, ukhti mazni dan ukhti amirah. Kumpulan-kumpulan tersebut akan diketuai oleh kakak fasi masing-masing.


Setiap ahli peserta klinik solat akan mempunyai fail, pensil dan buku j-Qaf 'Bestari Solat' dari telaga biru. Barang-barang ini perlu dibawa pada setiap perjumpaan.










Pada 23 Mac 2013- Aktiviti 1:, bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah "Jom Wudhuk". Peserta akan meletakkan bedak di wajah, setelah itu fasi akan memberikan para peserta sebuah cermin, setelah beberapa kemudian peserta diminta untuk membersihkan wajah dengan air lalu fasi akan bertanya kepada peserta apa akan terjadi sekirannya bedak tersebut dibiarkan berhari-hari,serta berbulan-bulan dimuka. Fasi akan memberi pemahaman terhadap kepentingan berwudhuk, kerana tujuan berwudhuk adalah antaranya untuk membersihkan kotoran/najis yang melekat pada badan/anggota wudhuk kita sebelum melakukan solat.Kesimpulannya, kita perlu membersihkan segala kotoran pada wajah dan anggota badan untuk mengelakkan dari pelbagai penyakit kulit, demikian dalam Islam, kita diperintahkan oleh Allah untuk berwudhuk, dengan berwudhuk kotoran zahir dan kotoran batin akan hilang. Wudhuk adalah syarat sah solat. 
Aktiviti 2: Untuk tahap 2 lebih memfokuskan amali wudhuk dengan sempurna. Sebelum itu seorang peserta diminta untuk menjadi model bagi melakukan tatacara wudhuk yang sempurna sambil fasi menerangkan pengertian wudhuk, perbuatan rukun wudhuk, perbuatan sunat dan perkara yang membatalkan wudhuk.
Aktiviti 3: Latihan. peserta diminta untuk membuat latihan didalam buku j-Qaf tersebut. Fasi akan mengedarkan gambar manusia yang sempurna untuk di warnakan /menandakan anggota-anggota wudhuk. Peserta dikehendaki menyebut anggota-anggota wudhuk tersebut.


tazkirah tentang wudhuk disampaikan oleh ukti sarah
kumpulan ukhti muhsina

imam muda asraf membacakan doa dhuha

semasa solat sunat dhuha

solat sunat dhuha secara berjemaah












aktiviti meletakkan bedak di muka


masa berehat, kita makan dulu.






Pada 13 April - Perjumpaan kedua : Fokus tentang solat kepada peserta secara perperingkat. Antara tentatifnya adalah seperti berikut:


Pukul : 8.30pg - 11.30pagi
Tempat: Surau Kulim Aquare
Tentatif Program:
                         8.30pg  - Kehadiran peserta Klinik Solat
                         9.00pg  - Taklimat dan bersiap sedia untuk Solat Dhuha
                         9.30pg  -  Tazkirah berkisar tentang solat                                                                        
                                       (Apakah Solat - dalam bentuk motivasi dan animasi)
                         10.00pg - berehat 
                         11.00pg - Demo pergerakan solat (rukun solat dan sunat solat)
                                       - Mari Menunaikan Solat (MMS) 
                                         i. Berdiri tegak   
                                         ii. Niat Solat
                                         iii. Takbiratul Ihram
                                         iv. Meletakkan tangan di atas pusat                                   
                         11.30pg - bersurai 


Pada 11 Mei  - Perjumpaan ketiga  : Fokus tentang pergerakan dan bacaan solat kepada peserta secara perperingkat. Antara tentatifnya adalah seperti berikut:

Pukul : 8.30pg - 11.30pagi
Tempat: Surau Kulim Aquare
Tentatif Program:

 8.30pg  - Kehadiran peserta Klinik Solat
 9.00pg  - Taklimat dan bersiap sedia untuk Solat Sunat Dhuha
 9.30pg  -  Peserta diagihkan mengikut tahap dan fasi akan menganggotai kumpulan tersebut.    
                Bacaan  dan pergerakan setiap peserta dilihat dan dipantau oleh fasi. Bagi peserta yang  
                mengalami masalah akan diberi keutamaan dan diajar secara satu persatu (one or one).
 10.00pg - berehat 
 11.00pg - Mari Menunaikan Solat (MMS) 
                 i. membaca doa iftitah  
                 ii. membaca al- fatihah
                    (membuat tugasan pada buku j-Qaf)                             
 11.30pg - bersurai 



Berikut adalah gambar pada perjumpaan kedua dan ketiga..Terima kasih kepada peserta dan fasilatator kerana hadir. Moga Allah membalas dengan kebaikan.









imam muda asraf mengetuai solat sunat dhuha

masa berehat, jom kita makan.








tazkirah dari kakak welma

Add caption

kumpulan kakak ashikin

kumpulan kakak shamin


kumpulan kakak welma




Berjumpa lagi, maal salama wa'alal liqa'