Saturday, May 26, 2012

Solat Tiang Agama


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Apa khabar adik-adik ikram junior!... Alhamdulilah, sihat...

Program ikram junior telah berlangsung pada 12 Mei yang sudah, bertempat di surau kulim square. Aktiviti kali ini lebih menitik beratkan wudhuk dan solat dikalangan adik-adik ikram junior. Program ini juga menekankan sub muwassofat diwajibkan ke atas ikram junior iaitu memahami kepentingan solat dan menghayati solat dari segi perbuatan (fi'li ).
Oleh sebab itu Solat Tiang Agama dijadikan tema supaya ikram junior mengetahui kepentingan solat seterusnya perbuatan dalam solat.

"Hai anakku, Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). - Surah luqman:17

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya,
Saya telah mendegar Rasulullah SAW bersabda, " Jika sebatang anak sungai mengalir dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)"
Para sahabat menjawab, " Tidak akan tertinggal sedikit pun kekotoran." Rasulullah SAW bersabda, "Maka demikianlah juga solat lima waktu, melalui solat Allah akan mengampunkan dosa."
(hadis riwayat Imam bukhari dan Muslim) 

ketua tarbiyah dan disiplin, makcik hamidah



makcik bibi memerhati gelagat ikram junior


imam muda munzir



luruskan saf, dan bersedia untuk solat dhuha.


apa yang adik aqil sedang buat tu,



alahai comelnya adik ikram junior tahap satu ni






imam muda munzir siap ada baju nama sendiri lagi.


bersujud pada tuhan yang satu, ALLAH.






membaca doa dhuha,



group kakak anis.. sama saiz ja semua, he3


halaqah group kak sarah

halaqah makcik bibi

halaqah makcik midah


apalah yang kak sarah cakapkan tu.



adik-adik kumpulan makcik midah




sesi pembelajaran berlangsung






group kakak ramziah





apa yang adik kita sedang buatkan tu.




Bagi adik-adik ikram junior tahap satu, mereka diajar untuk berwudhuk dengan cara sempurna. Aktiviti mereka adalah meletakkan bedak diwajah, setelah itu mereka diminta untuk membersihkan wajah dengan air. Ini bertujuan untuk memberi pemahaman terhadap kepentingan berwudhuk adalah antaranya untuk membersikan kotoran / najis yang melekat pada badan / anggota wudhuk kita sebelum melakukan solat.
Simulasi dari aktiviti ini, jika bedak tidak dibersihkan dari muka, wajah akan kotor dan mungkin mengalami penyakit kulit. Demikian pula dalam islam, kita diperintahkan oleh Allah s.w.t  untuk berwudhuk, dengan itu kotoran lahiriah dan rohani akan hilang, wudhuk juga menjadi syarat sah solat.

comel ja adik-adik kita ni kan.

akitiviti solat

kak welma sedang buat check list solat.

kak anis sedang memerhatikan solat adik ikram junior kita

kakak sarah memerhatikan solat bakal-bakal imam muda




kak welma tekun dengan memerhatikan solat adik-adik


Bagi tahap dua, tazkirah kali ini adalah tentang wuduk dari perspektif sains. Kajian telah dibuat bahawa wudhuk yang kita ambil setiap waktu dalam seharian memberi impak pada tubuh badan dengan baik sekali. Ia juga berupaya menghalang dan mencegah penyakit merbahaya serta boleh juga merawat penyakit. Wah banyak sekali kebaikan berwudhukkan.Justeru itu, Sama-samalah kita selalu amalkan wudhuk setiap ketika ya.

makcik bibi mengajar solat adik-adik tahap satu kita ni.

sempoinya adik-adik group kakak sarah ya. siap baring-baring lagi.

makcik bibi dengan anak buahnya.













Jumpa lagi adik-adik ikram junior....
Maal salama waalal liqa...