Friday, May 25, 2012

TAYANGAN MOVIE - HAFALAN SOLAT DELISA




Assalamualaikum semua, bertemu kembali.Ingat lagi tak adik-adik ikram junior cerita diatas. Mesti ingatkan.. Alhamdulilah..

Program ikram junior pada 14 April 2012 yang lalu adalah melihat dan menonton tayangan movie bertajukHAFALAN SOLAT DELISA. Alhamdulillah setelah selesai menayangkan movie ini, rata-rata adik-adik ikram junior sangat teruja dan dapat menarik perhatian mereka kerana teknik penceritaan yang sangat baik. Alhamdulillah.

Hasil perbincangan kesemua para fasilatator dengan garapan idea dari pengarah program  kakak welma landa, kami membulatkan suara untuk aktiviti kali ini adalah tayangkan video bertajuk “HAFALAN SOLAT DELISA”.  Ini kerana,Idea konsep ini tidak lari dari muwassofat yang wajib ditekankan untuk ikram junior.

Baiklah,seperti biasa, aktiviti kita pada 14 april yang lepas bermula sekitar pukul 8.30 pagi. Ketika ini adik-adik ikram junior diarahkan untuk beratur bagi mengambil kedatangan. Kali ini kakak anis ditugaskan untuk mengambil kedatangan ahli ikram junior.
Setelah itu, adik-adik ikram junior ditugaskan untuk mengambil wudhuk bagi menjalani ibadah solat sunat dhuha secara berjemaah.Kali ini imam muda kita adalah adikTalhah Aminuddin. Alhamdulillah.. syukran jazilan adik talhah.
pendaftaran adik-adik ikram junior










Seusai solat sunat dhuha, adik-adik ikram junior diberi taklimat dari kakak welma. Selepas dari itu, tayangan video ditayangkan sehingga akhir.Untuk menambahkan perhatian dan menarik minat adik-adik ikram junior, para fasilator menyediakan rehat seketika (ala commercial break) dengan ruangan soal jawab. Oleh sebab itu, adik-adik ikram junior diminta untuk alert dengan memberi menumpuan secara penuh dari tayangan tersebut. Adik-adikikram junior yang dapat menjawab soalan yang dikemukankan oleh kakak fifi dan kakak sarah dan akan mendapat hadiah iaitu gula-gula. Hadiah disampaikan oleh kakak yun dan kakak anis.Diakhir tayangan tersebut, makcik bibi diminta untuk memberi sedikit tazkirah.Tazkirah yang disampaikan oleh makcik bibi adalah kesimpulan dari keseluruhan cerita dan penutupan aktiviti bulanan kali ini.Semoga ia memberi kesedaran kepada kita semua,seterusnya melaksanakan.InsyaAllah.





























imam muda talhah aminuddin




























































makcik bibi memberi tazkirah












semangat makcik bibi memberi nasihat

semoga mendapat intipati tazkirah yang disampaikan



semoga mendapat intipati dari cerita tersebut







Penceritaan yang dapat disimpulkan dari hemat saya adalah tentang seorang budak perempuan bernama Delissa yang sangat ceria dan tabah dalam melayari kehidupan seharian. Perwatakkan delissa yang sangat comel membuatkan orang disekelilingnya ketawa.Delissa adalah anak bongsu dari empat adikberadik.Ayahnya bernama abi Usman bekerja di luar daerah, tinggalah ibunya ummi Salamah seta kakak-kakaknya, iaitu  Fatimah, Aisyah dan Zahra.Delissa seorang budak yang sangat aktif dan bijak. Delissa di kehendaki untuk menghafal bacaan solat, kerana kegigihan untuk menghafal bacaan solatnya ibunya berjanji akan memberikan hadiah seuntai rantai apabila dia dapat menghafal bacaan solat sepenuhnya.
Setelah tiba waktu untuk ujian hafalan solat delissa, pada pagi tersebut terjadinya gempa bumi.Ketika ujian tersebut ustaz Rahman meminta delissa untuk khusyuk dan memberikan sepenuh perhatian kepada ujian amali solatnya.Ketika delissa sibuk dengan memberikan perhatian penuh pada bacaan solatnya berlakulah tsunami yang amat dahsyat.Kekuasaan Allah s.w.t telah mengelamkan keseluruh penduduk kampung tersebut.Tsunami yang belaku telah mengorbankan banyak nyawa. Akibat dari tsunami tersebut Delissa kehilangan ibu dan semua kakaknya.Delissa juga kehilangan sebelah kakinya.Kini tinggal Delissa dan ayahnya.
Kehidupan delissa diteruskan bersama ayahnya.Kini delissa mengharapkan tongkat untuk dia bebas bergerak.Walaupun kehidupan delissa banyak berubah akibat tsunami tetapi sikapnya tetap tidak berubah.Delissa seorang yang sangat ceria dan dapat menceriakan orang disekelilingnya.Walaupun sahabat baiknya juga, Tiu telah pergi buat selama lamanya dia tetap bermain bersama kawan-kawannya yang lain. Walhal kakinya telah cacat dia tetap meneruskan permainan bola sepaknya.
Walaupun tsunami telah berlalu, keinginan delissa untuk menghafal bacaan solat diteruskan juga.Jikalau sebelum ini dia  dijanjikan hadiah untuk bacaan solatnya, tetapi kali ini Delissa lebih bersifat ikhlas sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Dia tidak menginginkan apa-apa, sebaliknya tabah dan redha atas ujian yang menimpanya. Diakhir penceritaan, delissa dapat menghabiskan hafalan bacaan solatnya.Ketika ujian solat dilakukan oleh ustaz rahman, diadidapati lulus dan berjaya dengan baiksekali.

Ya adik-adik ikram junior sekalian, inti pati cerita ini sangat baik apabila kita berbaik sangka dengan Allah s.w.t. Sikap redha dan ikhlas dengan ujianNya menambahkan rasa cinta Allah s.w.t kepada kita. Semoga adik-adik jelas dengan kewajiban solat kepada kita semua.


Jumpa lagi, InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment