Assalamualaikum w.b.t
Pada bulan lepas, 5 Oktober 2013. Program Klinik Solat Bulanan telah melaksanakan program tambahan bagi membantu peserta-peserta yang masih kurang dari segi pengetahuan solat serta bagi mengemaskini bacaan solat mereka. Seperti biasa, program bermula pada sekitar 8.30pagi hingga 11.30pagi. Peserta di mulakan dengan solat sunat dhuha. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah melekatkan stiker bacaan solat dengan betul pada kertas soalan yang diberikan oleh fasilatator. Selain itu, para-para fasi melihat serta menguji bacaan solat yang dilakukan oleh peserta terutama bagi bacaan doa qunut serta tahiyat awal/akhir. Alhamdulilah ada peningkatan serta potensi yang baik bagi peserta kerana telah diperinggatkan pada program sebelumnya untuk melancarkan bacaan serta hafalan solat mereka.Justeru itu juga, kerjasama serta galakkan pemantauan dari ibu bapa mereka di rumah sangat banyak membantu potensi solat peserta.
Fasilatator telah menyiapkan alat bantuan mengajar. Benda paling penting ialah stiker sebagai pencetus semangat peserta. |
No comments:
Post a Comment