Assalamualaikum...
Alhamdulillah... Klinik Solat anjuran ikram junior kulim telah berlangsung sebanyak tiga kali perjumpaan. Perjumpaan bagi sesi pertama pada 23 Mac yang lepas, diikuti perjumpaan kedua pada 13 April dan perjumpaan kali ketiga pada 11 Mei 2013. Program ini mensasarkan jumlah ahli sebanyak 30 orang. Ia juga adalah program yang berbentuk umum kepada masyarakat setempat, khususnya pada penempatan di kawasan kulim square. Oleh itu, program ini dijalankan di surau kulim square. Ahli-ahli terdiri dari sekitar umur 7 hingga 12 tahun. Setiap ahli dikenakan yuran RM20 untuk sekali pendaftaran sahaja bagi melengkapkan sesi perjumpaan pertama hingga ke lima. Berikut adalah tentatif perjalanan program Klinik Solat.
Program ini dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu tahap satu berumur dari 7 hingga 9tahun bagi kanak-kanak lelaki, 7 - 9tahun bagi kanak-kanak perempuan, manakala tahap dua, 10-12tahun bagi kanak-kanak lalaki dan 10-12tahun bagi kanak-kanak perempuan. Oleh itu, Ketua program, ukthi welma laanda mewakili ketua fasilatator. Antara fasi lain yang terlibat adalah ukhti ramziah, ukhti sarah, ukhti asyikin, ukhti humairah, ukhti shamin, ukhti sufi, ukhti muhsina, ukhti mazni dan ukhti amirah. Kumpulan-kumpulan tersebut akan diketuai oleh kakak fasi masing-masing.
Setiap ahli peserta klinik solat akan mempunyai fail, pensil dan buku j-Qaf 'Bestari Solat' dari telaga biru. Barang-barang ini perlu dibawa pada setiap perjumpaan.
Pada 23 Mac 2013- Aktiviti 1:, bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah "Jom Wudhuk". Peserta akan meletakkan bedak di wajah, setelah itu fasi akan memberikan para peserta sebuah cermin, setelah beberapa kemudian peserta diminta untuk membersihkan wajah dengan air lalu fasi akan bertanya kepada peserta apa akan terjadi sekirannya bedak tersebut dibiarkan berhari-hari,serta berbulan-bulan dimuka. Fasi akan memberi pemahaman terhadap kepentingan berwudhuk, kerana tujuan berwudhuk adalah antaranya untuk membersihkan kotoran/najis yang melekat pada badan/anggota wudhuk kita sebelum melakukan solat.Kesimpulannya, kita perlu membersihkan segala kotoran pada wajah dan anggota badan untuk mengelakkan dari pelbagai penyakit kulit, demikian dalam Islam, kita diperintahkan oleh Allah untuk berwudhuk, dengan berwudhuk kotoran zahir dan kotoran batin akan hilang. Wudhuk adalah syarat sah solat.
Aktiviti 2: Untuk tahap 2 lebih memfokuskan amali wudhuk dengan sempurna. Sebelum itu seorang peserta diminta untuk menjadi model bagi melakukan tatacara wudhuk yang sempurna sambil fasi menerangkan pengertian wudhuk, perbuatan rukun wudhuk, perbuatan sunat dan perkara yang membatalkan wudhuk.
Aktiviti 3: Latihan. peserta diminta untuk membuat latihan didalam buku j-Qaf tersebut. Fasi akan mengedarkan gambar manusia yang sempurna untuk di warnakan /menandakan anggota-anggota wudhuk. Peserta dikehendaki menyebut anggota-anggota wudhuk tersebut.
tazkirah tentang wudhuk disampaikan oleh ukti sarah |
kumpulan ukhti muhsina |
imam muda asraf membacakan doa dhuha |
semasa solat sunat dhuha |
solat sunat dhuha secara berjemaah |
aktiviti meletakkan bedak di muka |
masa berehat, kita makan dulu. |
Pada 13 April - Perjumpaan kedua : Fokus tentang solat kepada peserta secara perperingkat. Antara tentatifnya adalah seperti berikut:
Pukul : 8.30pg - 11.30pagi
Tempat: Surau Kulim Aquare
Tentatif Program:
8.30pg - Kehadiran peserta Klinik Solat
9.00pg - Taklimat dan bersiap sedia untuk Solat Dhuha
9.30pg - Tazkirah berkisar tentang solat
(Apakah Solat - dalam bentuk motivasi dan animasi)
10.00pg - berehat
11.00pg - Demo pergerakan solat (rukun solat dan sunat solat)
- Mari Menunaikan Solat (MMS)
i. Berdiri tegak
ii. Niat Solat
iii. Takbiratul Ihram
iv. Meletakkan tangan di atas pusat
11.30pg - bersurai
Pada 11 Mei - Perjumpaan ketiga : Fokus tentang pergerakan dan bacaan solat kepada peserta secara perperingkat. Antara tentatifnya adalah seperti berikut:
Pukul : 8.30pg - 11.30pagi
Tempat: Surau Kulim Aquare
Tentatif Program:
8.30pg - Kehadiran peserta Klinik Solat
9.00pg - Taklimat dan bersiap sedia untuk Solat Sunat Dhuha
9.30pg - Peserta diagihkan mengikut tahap dan fasi akan menganggotai kumpulan tersebut.
Bacaan dan pergerakan setiap peserta dilihat dan dipantau oleh fasi. Bagi peserta yang
mengalami masalah akan diberi keutamaan dan diajar secara satu persatu (one or one).
10.00pg - berehat
11.00pg - Mari Menunaikan Solat (MMS)
i. membaca doa iftitah
ii. membaca al- fatihah
(membuat tugasan pada buku j-Qaf)
11.30pg - bersurai
Berikut adalah gambar pada perjumpaan kedua dan ketiga..Terima kasih kepada peserta dan fasilatator kerana hadir. Moga Allah membalas dengan kebaikan.
imam muda asraf mengetuai solat sunat dhuha |
masa berehat, jom kita makan. |
tazkirah dari kakak welma |
Add caption |
kumpulan kakak ashikin |
kumpulan kakak shamin |
kumpulan kakak welma |
Berjumpa lagi, maal salama wa'alal liqa'
Stainless Steel Magnets - titanium arts
ReplyDeleteIroning the Stainless https://tricktactoe.com/ Steel Magnets www.jtmhub.com (4-Pack). Made titanium ring in https://deccasino.com/review/merit-casino/ Germany. The Titanium Arts Stainless Steel Magnets are an alloy made of steel in stainless casinosites.one steel