Tuesday, January 3, 2012

Majlis Apresiasi & Penutup 2011

Bismillahirahmanirahim, Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum semua,

Apa khabar adik-adik ikram junior  sekalian, sihat? Alhamdulillah; Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Baiklah, Pertemuan kita pada kali ini adalah untuk sesi terakhir 2011 yang telah berlangsung pada 25 November 2011. Aktiviti ini telah berlangsung di kediaman rasmi ustazah latifah di taman kulim square. Aktiviti kali ini agak singkat dimana kita berkumpul dirumah ustazah latifah sebelah petang , selepas waktu asar pada pukul 5 petang. Ramai adik-adik ikram kulim square hadir pada hari tersebut.

Seperti biasa adik-adik akan berkumpul dalam bentuk halaqah dimana adik-adik lelaki berkumpul dalam satu kumpulan dan adik-adik perempuan dalam satu kumpulan.  Halaqah adik-adik perempuan diketuai oleh kak welma. Banyak tazkirah yang disampaikan oleh kak welma pada adik-adik perempuan kita, moga-moga memberi  manfaat pada adik-adik.
sapa yang duduk baik-baik dapat coklat, nak tak?

baik dan tertib adik-adik perempuan 

kak welma memberi tazkirah


Halaqah bagi adik-adik lelaki pula dianggotai oleh kak sarah, makcik midah, makcik nida dan ustazah latifah. Wah banyak fasi lah untuk kawal adik-adik lelaki ni berbeza dengan halaqah adik-adik perempuan kita. Adik-adik perempuan kita lebih sopan santunnya  kerana perempuan di kurniakan sifat malu yang tinggi, betul tak adik-adik perempuan akak??.  Dalam halaqah adik-adik lelaki, kita banyak membincangkan mengenai haiwan-haiwan madinah serta menghayati sambutan Awal Muharam yang akan tiba. Persiapan kita pada pada tahun baru islam iaitu dengan membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Selain itu juga adik-adik  bulan muharam adalah bulan pertama dalam kalender hijrah, jadi  permulaan bulan pada tahun baru islam akak sangat mengharap adik-adik ikram junior ini bakal menjadi seorang dae’i  yang akan mempelopori nilai-nilai islam dalam persekitaran adik-adik dan bersedia meladani masyarakat untuk islam, amin ya rabb.. InsyaAllah.



sapa yang dapat jawab soalan dapat gula-gula.


siapa nak jawab angkat tangan

kak sarah dan makcik nida memberi sedikit input pada adik-adik
 
Antara aktiviti kita pada hari tersebut adalah pertandingan makan mee goring menggunakan chop stick. Pemenang membawa pulang hadiah yang agak menyeronokkan..wahh seronokkan adik-adik, dapat hadiah. Mungkin ada yang pertama kali makan guna chop stick kan?. Pertandingan tersebut bukanlah bertujuan untuk makan dengan laju tetapi kami mengadili semua adik-adik ini makan dengan cermat, sopan santun serta memenuhi  adab makan seorang muslim. Disini pertandingan telah dimenangi oleh seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan., iaitu adik azzam dan adik izzah. Walaupun kita menggunakan apa jua peralatan moden seperti sudu,garpu,chop stick ( yang baru sahaja adik-adik belajar) dan lain-lain peralatan yang mana ketika dahulu jarang diguna pakai, adalah untuk melatih adik-adik untuk makan dengan adab-adab yang baik. Sikap bersyukur dengan apa jua makanan sangat dituntut dalam islam.

makan dengan penuh tertib ya.

sopan adik perempuan kita

adik munzir buat apa tu.




nampak semangat adik munzir 



bermain musical  sound



dengar muzik sampai herhenti ya.

siapa yang terkena, kena jawab soalan ya.

Seterusnya adalah akiviti permaianan ‘musical sound’ dimana, fasilatator akan memainkan satu muzik dan adik-adik akan memegang satu bekas berisi aktiviti yang adik-adik mesti lakukan, apabila muzik telah berhenti, adik  terakhir yang memegang bekas itu akan memgambil satu helaian kertas yang terdapat didalam bekas tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan adalah berkaitan dengan rukun islam, rukun iman, bacaan solat, pergerakan solat serta soalan berkaitan dengan kehidupan Rasullulah saw. Adik-adik yang dapat menjawab soalan tersebut telah diberi hadiah. Seronokkan  dapat hadiah..
Sebenarnya aktiviti sesi terakhir kita pada tahun 2011 ini amat bermakna buat adik natasya  kerana pada tarikh tersebut adalah tarikh lahir adik natasya. “Selamat Hari Lahir adik Natasya “ Semoga adik natasya sentiasa dalam kasih dan sayang Allah. Amin.

birthday adik natasya.

Selain dari itu, adalah pemberian hadiah untuk adik-adik ikram junior  yang telah  menduduki peperiksaan U.P.S.R.  Pada tahun  ini beberapa adik-adik ikram junior telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalan UPSR antaranya adalah adik Nurul Anis bt Mohd Yusuf (5A), adik Mawaddah (5A), adik Puteri Balqis bt Shamsul, adik Qurratu’Aini bt Mohd Nazri serta adik Azzam. Tahniah adik-adik akak.. Semoga terus Berjaya dan cemerlang didunia serta akhirat. InsyaAllah adik-adik ini akan melayari fasa di alam remaja pula. Nanti masuk ikram teens ya..Seterusya menjadi para dai’e yang memantapkan islam dari segala sudut. Akak mendoakan adik-adik ini menjadi seorang yang sangat bermanfaat untuk islam yang kita cintai, Amin ya rabbal alamin..


sesi perpisahan


bersalaman dengan kawan-kawan

seronok dapat hadiah

sesi terakhir 2011, penutup disampaikan oleh kak welma

Diakhir pertemuan, semua adik-adik ikram junior  diberi hadiah berupa gula-gula, belon, dan makanan. Suka ya adik-adik dapat hadiah, Semoga memberi manfaat buat adik-adik akak.

Di akhir ini juga suka untuk akak kongsikan kepada adik-adik ikram junior perkara-perkara yang sangat di cintai Allah antaranya adalah;
  • Ø  Sembahyang lima kali sehari semalam pada waktunya
  • Ø  Berjihad (melawan hawa nafsu)
  • Ø  Membalas jasa ibu dan ayah.

Disini akak hendak tekankan kepada adik-adik akan pentingya kita membalas jasa ibu dan ayah. Apabila kita sayang akan ibu bapa kita, tentu kita akan menurut segala kemahuannya dan disitu akan terbit cinta dan kasih sayang Allah, Jadi adik-adik apabila ibu dan ayah menyuruh sesuatu perkara baik jangan dilenggahkan ya. Semoga adik-adik ikram junior ini menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin ya rabbal alamin.

Kita berjumpa lagi, ma’al salama wa’alla liqa’.

No comments:

Post a Comment